combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,167
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,167
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SPRM Kenal Pasti 40 Saksi Kes Penyelewengan Dana NGO Di Selangor
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bercakap dalam sidang media semasa Majlis Penyerahan Masjid Kampung Terentang, Padang Lebar, hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti 40 saksi berkaitan siasatan kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini daripada tiga tangkapan dilakukan dua direman, dan 11 saksi dirakam keterangan bagi siasatan kes berkenaan.
"SPRM menyita aset tak alih dianggarkan bernilai RM27 juta melibatkan empat bidang tanah, tujuh unit rumah, tiga premis pejabat, 18 kereta dan barangan kemas. Selain itu, 33 akaun bank dibekukan dengan jumlah anggaran RM150 juta," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan Masjid Kariah Kampung Terentang, Padang Lebar di sini bersempena dengan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).
SPRM sebelum ini mengesahkan kes berkenaan melibatkan penyelewengan kira-kira RM230 juta daripada sumbangan orang awam dan bukan dana zakat.
Azam berkata siasatan mendapati NGO itu menerima dana daripada pelbagai sumber termasuk komisen daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.
Dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an, termasuk seorang timbalan pengerusi NGO, direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sementara itu, Azam berkata pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana NGO milik seorang pendakwah bebas di Negeri Sembilan.
SPRM Negeri Sembilan menahan seorang pendakwah bebas yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.
SPRM Kenal Pasti 40 Saksi Kes Penyelewengan Dana NGO Di Selangor
SPRM Kenal Pasti 40 Saksi Kes Penyelewengan Dana N