BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas Lebih Tiga Dekad Berbakti, Timbalan Ketua Pengarang Bernama Azlina Aziz Bersara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
dbb055ba8bb6a1dee58687e37049373d6960f66a42ed5

19c04eb5235b29e2b086593305f757936960f682dd2b2

874377e3b6385ef86aa80927611850ac6960f6a0a536f

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz ketika upacara memotong kek pada Majlis Persaraan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi di Wisma Bernama.

Selepas 35 tahun berbakti dalam dunia kewartawanan, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Azlina Aziz diraikan pada majlis persaraan beliau hari ini.

Beliau akan bersara secara rasmi pada Isnin, 12 Jan 2026, sekali gus mewariskan legasi pengalaman, kepimpinan dan sumbangan profesional sepanjang perkhidmatannya di agensi berita nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin menyifatkan Azlina sebagai seorang pemimpin yang dibentuk daripada pengalaman lapangan bermula sebagai wartawan, sebelum menggalas tanggungjawab dalam pengurusan tertinggi agensi berita nasional itu.

Menurut Nur-ul Afida, pelantikan Azlina sebagai Timbalan Ketua Pengarang PBE dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau yang merangkumi pelbagai peranan, daripada wartawan, editor sehingga penyunting.

“Pada pandangan saya, beliau calon yang tepat untuk mengisi kekosongan jawatan kepimpinan di PBE. Pengalaman beliau dalam bidang ekonomi sangat mendalam.

“Beliau merupakan junior saya. Ketika beliau menjalani latihan praktikal, saya antara senior yang pernah membimbingnya,” katanya pada majlis persaraan itu.

Menurutnya hubungan profesional mereka kekal rapat walaupun masing-masing ditempatkan di meja berbeza sepanjang perkhidmatan beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj berkata Azlina merupakan seorang pegawai yang sangat berpengalaman dalam PBE, ceria sepanjang masa dan aktif dalam sukan, terutama bowling.

 
Back
Top
Log in Register