BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Ketua Pengarang Bernama Meninggal Dunia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Ibu Ketua Pengarang Bernama Meninggal Dunia​

68abc30149a822f18536568f3aea770d6a0c85e49f2a8


Ibu kepada Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj, Kaliamah Karuppaya, 77, meninggal dunia malam ini di kediamannya di Behrang Hulu, Perak.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 8.10 malam selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan kegagalan buah pinggang sejak setahun yang lepas.

Arul Rajoo berkata ibunya sebelum ini kerap mendapatkan rawatan dialisis di beberapa hospital termasuk Hospital Slim River, Perak.

“Terbaharu, mendiang menerima rawatan di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada April.

“Mendiang dirawat selama hampir tiga minggu di sana sebelum doktor menasihatkan agar beliau dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi.

Mendiang Kaliamah yang pernah bekerja sebagai penoreh getah di samping menjadi suri rumah, meninggalkan lima cahaya mata.

Berkongsi kenangan bersama ibunya, Arul Rajoo menyifatkan mendiang sebagai seorang wanita cekal yang banyak berkorban dan sentiasa mendidik anak-anak supaya hidup berdikari serta rajin berusaha.

Beliau berkata ibunya amat menitikberatkan soal pendidikan sebagai jalan untuk mengubah nasib keluarga.

“Ibu saya selalu pesan supaya kami belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu kami lalui kesusahan seperti yang pernah dia alami,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register