BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohd Shukri Dilantik Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
8ff34ba111d40831c08fc4a0bf0602cf69798a3788ca6

11b72dab990dc2c285fd9f53d6d2fb5569798a47e6251

f81605da2bd5981ed1acd704e67be82869798a583a43a

8a2345920940d0e26fab602e4f10d3fb69798a6780165


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Shukri Ishak sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, berkuat kuasa 1 Feb ini.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Mohd Shukri, 53, dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita selepas memangku jawatan tersebut sejak 22 Julai tahun lepas berikutan persaraan wajib Nasriah Darus.

Mohd Shukri yang berasal dari Kedah telah berkhidmat di Bernama sejak 1 Mei 1996, bermula sebagai eksekutif editorial.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau pernah bertugas sebagai Ketua Biro Bernama Pahang dan Pewarta Luar Indonesia, selain menyandang jawatan Editor Eksekutif Meja Digital Media dan Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Bernama.

Sementara itu, Harlina Samson, 58, diumumkan memangku jawatan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi berkuat kuasa 1 Feb ini bagi menggantikan Azlina Aziz yang bersara wajib pada 12 Jan lepas.

Berita lanjut menyusul

 
Back
Top
Log in Register