BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Sedang Perhalusi Isu Tanah Bagi Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang - Loke

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Selangor Sedang Perhalusi Isu Tanah Bagi Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang - Loke​

3cad6107e9aef687b24265817a8ea4976a33949711006

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyampaikan ucapan pada Majlis Pra- Pelancaran Wisma Golden Horse, Q Centre@ Port Klang Free Zone (PKFZ) Kuarters Pekerja Berpusat, Pembukaan Kilang Suntek Materials Sdn Bhd dan Kilang Golden Horse Rubber Fasa 2 di Wisma Golden Horse, PKFZ hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Negeri Selangor sedang memperhalusi penyelesaian isu tanah bagi fasa awal pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, di sini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata proses berkenaan sedang diperincikan antara Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama pihak swasta yang melibatkan model konsesi.

“Jadi sekarang ini kita sedang berurusan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan dahulu isu tanah.

“(Pembinaan pelabuhan ketiga ini) akan melibatkan model Build-Operate-Transfer. Kita memang ada sasarkan kalau boleh untuk memulakan (pembinaan) projek tahun ini tetapi apa yang penting sekarang ini, isu tanah itu perlu diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pra-Pelancaran Wisma Golden Horse, Q Centre @ PKFZ Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ), pembukaan Kilang Suntek Materials Sdn Bhd serta Kilang Golden Horse Rubber Fasa 2 yang melibatkan nilai kumulatif pelaburan baharu sebanyak RM566 juta serta pelancaran PKFZ : Smart Intelligence Industrial Park di PKFZ, Pulau Indah hari ini.

Loke pada 11 Mei lepas dilaporkan berkata kerajaan telah meluluskan projek pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey di Selangor.

Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey itu ialah projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan serta logistik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.

Pada 17 Sept 2025, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah seluas 1,699.68 hektar (4,200 ekar) untuk dibangunkan sebagai pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat.

 
Back
Top
Log in Register