BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang Perlu Dipercepat - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
105f266ce93f9252cbc68083fbbb2e88693bc825697a6

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata projek itu perlu menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.

Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun, mengingatkan bahawa dalam melaksanakan pembangunan itu, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem akan terus dipelihara.

"Pembangunan negara mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam kerana di situlah terletaknya makna kemajuan yang sebenar dan berkekalan," kata beliau dalam hantaran itu.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.

Beliau berkata projek berkenaan telah lama dirancang dan tidak wajar lagi ditangguhkan.

"Alhamdulillah, kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunannya sesegera mungkin supaya manfaat pembangunan ini dapat dinikmati rakyat dan membuka peluang ekonomi baharu," kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register