BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Buka 50,000 Permohonan Baharu Skim Mesra Warga Emas, OKU

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Selangor Buka 50,000 Permohonan Baharu Skim Mesra Warga Emas, OKU​

eb1bcf51f44a6cdd0efa2488a74c76e46aa957cd44a9c

fb Anfaal Saari

Kerajaan Negeri Selangor menetapkan kuota khas dengan 50,000 permohonan baharu bagi Skim Mesra secara rasmi bermula Khamis ini.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari berkata skim itu, yang disalurkan melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), adalah insentif kewangan tahunan sebanyak RM150 daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata inisiatif itu sebagai tanda penghargaan kepada golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena bulan kelahiran mereka.

"Bantuan ini diberikan kepada dua kategori penerima yang layak di Selangor, iaitu warga emas berumur 60 tahun ke atas dan OKU.

"Bagi kategori warga emas, pemohon mesti berumur 60 tahun ke atas, berstatus warganegara Malaysia dan merupakan pengundi berdaftar yang menetap di negeri ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Anfaal berkata pemohon OKU pula perlu mempunyai kad sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berstatus warganegara tanpa had umur.

"Bagi syarat pengundi dan kediaman kategori itu, pemohon mesti berumur 19 tahun ke atas dan wajib mengundi serta menetap di Selangor.

“Syarat pendaftaran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah pula terpakai kepada ibu atau bapa mereka," katanya.

Beliau berkata agihan manfaat itu akan dilaksanakan pada 2027 dan kerajaan negeri komited menerajui agenda kebajikan ke arah membina komuniti inklusif serta memastikan tiada golongan terpinggir.

 
425560-425560.jpg


Selangor buka 50,000 permohonan baharu Skim Mesra bermula esok

Shah Alam: Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membuka permohonan baharu bagi Skim Mesra secara rasmi bermula esok dengan penetapan kuota khas sebanyak 50,000.

EXCO Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata skim berkenaan adalah insentif kewangan tahunan sebanyak RM150 daripada kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan buat warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena bulan kelahiran mereka.

Katanya, bagi memastikan perkhidmatan dan manfaat dapat disalurkan secara adil serta saksama, pendaftaran dibuka khusus kepada warga Selangor yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

"Bagi kategori warga emas, pemohon mestilah berusia 60 tahun dan ke atas, berstatus warganegara Malaysia, serta pengundi berdaftar yang menetap di Selangor.

"Kategori OKU pula, pemohon perlu mempunyai kad OKU sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berstatus warganegara Malaysia tanpa sebarang had umur untuk pendaftaran.

"Dari segi syarat pengundi dan kediaman bagi kategori OKU, pemohon berumur 19 tahun dan ke atas, wajib mengundi serta menetap di Selangor, manakala bagi pemohon berumur 18 tahun dan ke bawah, syarat itu terpakai kepada ibu atau bapa mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anfaal berkata, setakat hari ini ahli Skim Mesra yang sudah berdaftar adalah 374,094 orang dan daripada jumlah itu, warga emas adalah 344,625 manakala OKU (29,469).

"Kerajaan negeri menggalakkan warga Selangor memenuhi syarat kelayakan untuk membuat pendaftaran secara dalam talian bermula jam 8 pagi esok pagi menerusi portal rasmi Skim Mesra YAWAS di https://mesra.yawas.com.my.

"Permohonan dibuka pada tahun ini, manakala agihan manfaat akan bermula pada 2027," katanya.
 
Back
Top
Log in Register