BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Sekolah Kelapa Sawit???

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Majlis di Kelapa Sawit

“Ustaz jangan gelak tau” kata ustazah Intan yang menjemput saya ceramah di Sekolahnya.

“Gelak kenapa?” kata saya hairan.

“Tak ada apa, saja nak jemput ustaz ni, ceramah kat sekolah saya, Sekolah Kelapa Sawit” kata Ustazah Intan lagi.
“Betul ke ni?” kata saya macam tak percaya nama sekolah ini.

Rupanya betul. Kebetulan nama kawasan yang terletak di Kulai ini ialah Kelapa Sawit, jadi sekolah menengah di sini diberi nama sekolah menengah Kelapa Sawit.

Guru-guru di sini ramah orangnya. Program di sini adalah sempena dengan sambutan Isra’ dan Mikraj, sambutan di sini begitu meriah, hingga kepada tumbangnya seekor lembu dan seekor kambing.

Saya sampai ke sekolah ini waktu malam lagi bagi memudahkan untuk program pagi esoknya.

Ceramah multimedia Isra’ dan Mikraj ini, menjadikan saya cukup gembira kerana dapat berkongsi dengan semua pendengar mengenai perjalanan Isra dan Mikraj Nabi ini.

Biar pun jauh, yang penting adalah penghayatan pada peristiwa ini.

Satu lagi yang ingin ucapkan mengenai majlis hari ini ialah,

“Mmmm, masakan daging kambingnya, memang sedap…. :)


20213850.png

Kita kongsikan amalan orang di sini, kalau kenduri dan gunakan gas secara jangka masa yang panjang, kena rendam dalam air, kalau tidak nanti dalamnya beku

20084009.png

Ceramah mengenai Isra dan Mikraj

75363742.png

Kalau dulu, Nabi kena baling dengan batu, sekarang pendakwah kena baling dengan makanan, itupun, malas dan berkira untuk berdakwah

90246211.png

Kenangan bersama guru.

42558702.png


credit2: ustazamin.com


nama sekolah korang lak ape? :D
 
sekolah aku ialah sekolah kebangsan belukar machang kelantan

11040.jpg
 
Last edited:
nama sekolah tu tak kisah la sangat .. tapi ilmu tu yang perlu..
 
bda93856a337a5fc2e2b440e1c80bc98.jpg


ni bkn skolah aku
 
sekolah ku rumahku pejabatku ...kui3
 
Ada banyak lagi nama-nama sekolah yang pelik yang berdasarkan kepada nama kampung atau tempat sekolah tu...sekolah tamil yang bernama melayupun ada...
 
member aku kelantan bersekolah kat sekolah pak badul?kelantan..:D
 
Back
Top
Log in Register