BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejauh mana kebenaran pendedahan kerjasama Anwar–Zahid?

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Sejauh mana kebenaran pendedahan kerjasama Anwar–Zahid?

November 3, 2022

BEBERAPA sumber telah mendakwa bahawa wujud satu kerjasama sulit yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut laporan, kerjasama antara PH dan BN itu bersetuju untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Sumber tersebut mendakwa lagi, bagi memperkukuhkan kedudukan, mereka bersepakat akan meletakkan ‘calon lemah’ di kawasan yang ditandingi masing-masing. BN menjanjikan akan meletakkan calon yang lemah di Tambun supaya Anwar Ibrahim daripada PH akan menang mudah di kawasan tersebut dan begitu juga di kawasan Zahid Hamidi.

“Saya individu pertama yang akan menentang pakatan Anwar-Zahid.” Itu adalah reaksi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR. Menurutnya, sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan, beliau tidak berminat untuk mengadakan kerjasama dengan GTA, BN mahupun PN tetapi memilih antara GRS atau GPS yang mewakili Sabah dan Sarawak.

Sumber lain pula menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada desas-desus pakatan Anwar-Zahid tersebut. Antara sebabnya adalah mana mungkin akar umbi Umno akan menerima kerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP. Begitu juga DAP dan akar umbi PKR tidak mungkin menerima Umno sebagai rakan kerjasama.

Sejauh mana kebenaran desas-desus pakatan tersebut masih menjadi tanda tanya. Namun, para penganalisis politik menjangkakan tiada satu pun gabungan parti sama ada BN, PH, PN mahupun GTA akan beroleh majoriti mudah secara bersendirian untuk membentuk sebuah kerajaan melainkan ada kerjasama antara gabungan-gabungan parti ini.

Andainya kerjasama PH-BN ini benar-benar berlaku, ia dilihat sebagai ‘a win-win situation’ bagi menerajui Kerajaan Malaysia. Namun, adakah gabungan antara dua seteru ini stabil dan mampu bertahan? Bagaimana pula dengan impak dan manfaatnya terhadap rakyat Malaysia?

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 3/11/2022

Sumber Asal:
 
Anwar, Mat Sabu bidas Hadi berhubung dakwaan PH rancang kerjasama dengan Umno

FMT ReportersNovember 4, 2022 3:23 PM

(Dari kiri) Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan meminta sokongan daripada Umno, manakala Mohamad Sabu menuduh Abdul Hadi Awang berbohong.
PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dalam Amanah, Mohamad Sabu, membidas Abdul Hadi Awang kerana mendakwa Pakatan Harapan (PH) dan Umno sedang berbincang untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Mohamad menuduh presiden PAS itu berbohong, dengan berkata PH tidak mungkin bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan baharu, menurut China Press.

“Hadi Awang bohong, ini saja saya nak cakap. Dia cuma suka berbohong,” katanya kepada wartawan selepas satu majlis PH di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Anwar, yang turut berucap di majlis itu berkata, pihaknya tiada rancangan untuk menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Umno, malah PH telah meletakkan sasaran mendapatkan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Saya bukan presiden PAS. Saya tidak akan menjadi pengemis dan pergi kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta sokongan,” katanya, menurut akhbar harian Cina itu.

Hadi dilaporkan mendakwa terdapat muslihat dalam Umno untuk membantu PH memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi memudahkan Barisan Nasional (BN) dan PH membentuk kerajaan akan datang.

Pada Selasa, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang menentang sebarang rundingan untuk membentuk pakatan dengan Umno.
 
Ini kiranya kalau pangkah BN mcm pangjah PH la ye
 
Ada dua kemungkinan isu ini. X boleh tolak dakwaan ianya benar sbb nature politician ni mmg bermuka2, menipu, dan takiyyah. Sama jer yg Dituduh Liberal pun mcm tu, yg Islamist pun mcm tu. Semua atas nama menghalalkan pencapaian matlamat
 
Back
Top
Log in Register