BTC USD 81,247.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zahid balas pantun Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,255
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,255
Reaction score
12
Points
25

Zahid balas pantun Anwar​

77ce85c3-anwar-ibrahim-ahmad-zahid-hamidi-fmt-090525-resize.jpg

Pantun Pengerusi BN Zahid Hamidi dibacakan pada sidang media bagi membalas pantun Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam, yang kelihatan meredakan ketegangan PH-BN, di tengah-tengah kempen PRN Negeri Sembilan.

“Bumbung tercabut, mampu ditahan, jika ribut, diterbang ke laut,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) itu pada sidang media di Bahang Bay Hotel, sambil menambah beliau mengarang rangkap pantun berkenaan malam tadi selepas membaca pantun Anwar.

(“Mendaki ke Gunung Tahan,

Jatuh ke gaung, temui maut.

Bumbung tercabut, mampu ditahan,

Jika ribut, diterbang ke laut.”)

Pantun Anwar yang dimuat naik dalam hantaran Facebook semalam, kelihatan seperti meredakan ketegangan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN di tengah-tengah kehangatan kempen PRN Negeri Sembilan.

“Berbeza langkah, jangan putus kawan, selagi muafakat, kita sehaluan,” kata pengerusi PH itu yang juga presiden PKR.

(“Burung merbah terbang sekawan,

Guruh berdentum membelah awan.

Berbeza langkah, jangan putus kawan,

Selagi muafakat, kita sehaluan.”)

Zahid menegaskan, tidak perlu ada keraguan terhadap komitmen BN menyokong kerajaan pimpinan Anwar sehingga tamat penggal.

Ditanya sama ada wujud sebarang langkah menjatuhkan kerajaan, pengerusi BN itu berkata: “Saya tiada niat langsung.”

“Tiada Langkah Bangkok ke, tiada Langkah Dubai ke tak ada.

“Apabila kami komited untuk berada di dalam kerajaan perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong dulu, kami komited sehingga akhir penggal parlimen yang ke-15,” katanya.
 
iwak kotok iwak leleh
Mataney wong PH ngantuk, wetengey ngeleh.

Sbb wak zahid urang jowo kan yang kulaan pun boleh pantun ma.. :LOL:
 
Johor sudah, Negeri Sembilan menanti,
Politik berubah silih berganti,
Kalau berani pegang prinsip sendiri,
Jangan bila susah mencari kembali.
 
Apabila kami komited untuk berada di dalam kerajaan perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong dulu, kami komited sehingga akhir penggal parlimen yang ke-15,” katanya.
 
Johor sudah, Negeri Sembilan menanti,
Politik berubah silih berganti,
Kalau berani pegang prinsip sendiri,
Jangan bila susah mencari kembali.
Manuk Cekutur nuthuli pari,
Mabur limo teko sing pitu;
Luwih becik netepi janji,
Luwih ala janji sing palsu.

iyahh.... teka sapa kah itu
 
zahid nie mmg bijak
 
Back
Top
Log in Register