BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejati MADANI: JPKK Paya Rumput Hasilkan Ikan Tilapia Dua Tan Sebulan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
a44244c1e368338fd6280669f95112b269e045e28d59f

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Rumput Dzalin Ayub (kiri) bersama Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Melaka Afzai Nizam Sandiman semasa meninjau projek ternakan ikan air tawar di Kampung Paya Rumput,Masjid Tanah.

Selepas hampir dua tahun melaksanakan Projek Sejati MADANI di bawah sektor Pertanian dan Makanan, kini Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini, mampu tersenyum bangga apabila berjaya menghasilkan kira-kira dua tan ikan tilapia dan keli sebulan.

Setiausaha JPKK Kampung Paya Rumput Dzalin Ayub, 58, berkata pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), bagi melaksanakan projek tersebut pada penghujung Mei 2024 selepas membuat permohonan pada Mac tahun sama.

“Projek ternakan ikan air tawar ini, sebenarnya merupakan projek yang diusahakan saya sendiri sejak 2016 selepas bersara daripada perkhidmatan swasta.

“Selepas terbaca mengenai Projek Sejati MADANI ini, saya terus mengusulkannya kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) JPKK Paya Rumput, sebelum mereka bersetuju untuk mengembangkan aktiviti penternakan ikan tilapia dan keli yang saya usahakan itu,” katanya kepada Bernama.

Dzalin berkata selain menerima peruntukan RM100,000 bagi program tersebut, beliau turut melaburkan modal sendiri sebanyak RM300,000, bagi memastikan bekalan berterusan dapat dihasilkan pada setiap bulan.

“Alhamdulillah, bermula daripada dua kolam yang dibuat menggunakan kanvas, projek ini berkembang kepada 68 tangki berkapasiti 3,000 liter selain tujuh kolam simen termasuk satu kolam takungan yang diusahakan di tanah seluas 0.2 hektar.

“Pada tahun lepas sahaja, projek ini berjaya menghasilkan kira-kira 18 tan ikan air tawar dengan keuntungan turut dikongsikan kepada JPKK Paya Rumput, bagi melaksanakan program-program pada peringkat kampung,” katanya.

Beliau berkata projek itu turut memberi manfaat kepada penduduk setempat, apabila enam anak tempatan diambil bekerja bagi membantunya di tapak projek penternakan itu.

Dzalin berkata penduduk juga mendapat bekalan ikan air tawar segar dengan harga lebih murah daripada pasaran, apabila diskaun turut diberikan kepada mereka.

 
Back
Top
Log in Register