combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Banggol Kapas, Othman Abdullah (dua, kiri) bersama penduduk meninjau anak ikan talapia merah semasa ditemui di Kampung Banggol Kapas di Alor Limbat, hari ini.
Sebanyak 12,000 benih ikan tilapia merah dilepaskan di tapak projek Ternakan Ikan Tilapia Merah (Bioflok) di Kampung Banggol Kapas, Alor Limbat dekat sini hari ini, menerusi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) bagi membantu penduduk memerlukan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Banggol Kapas Othman Abdullah berkata projek yang diusahakan di atas tanah seorang penduduk itu bermula pada Disember lepas setelah kampung itu menerima peruntukan SejaTi MADANI berjumlah RM100,000.
“Di atas tanah seluas 0.25 hektar ini, kita bina tiga buah kolam yang setiap satu mampu menampung 4,000 ekor ikan tilapia merah. Selepas tiga bulan setengah, ikan-ikan ini boleh dijual bagi pasaran Terengganu dan di luar negeri ini.
“Ikan tilapia merah yang kebiasannya seberat 300 gram seekor mempunyai permintaan tinggi di pasaran dan dijual antara RM16 hingga RM18 sekilogram. Dianggarkan hasil jualan nanti mampu mencecah RM60,000,” katanya kepada Bernama di tapak projek ternakan ikan itu di sini hari ini.
Othman berkata setelah membayar upah lima penduduk yang mengusahakan projek berkenaan dan digunakan untuk modal bagi ternakan pusingan kedua serta penyelenggaraan kawasan kolam, hasil jualan ikan akan disalurkan untuk membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan atau keuzuran.
Beliau berkata selain itu, hasil jualan ikan akan dijadikan sebagai dana pendahuluan untuk penduduk yang ditimpa bencana seperti ribut dan kebakaran.
“Insya-Allah dengan adanya projek ini, kita akan dapat wang tambahan bagi membantu penduduk yang memerlukan, selain dapat melaksanakan pelbagai aktiviti di kampung ini tanpa perlu mengharapkan dana pihak luar,” katanya.
Othman berkata beliau bersyukur kerana kampung berkenaan memperoleh peruntukan SejaTi MADANI daripada Kerajaan Persekutuan yang dapat memanfaatkan kesemua 500 penduduk.
Sementara itu, Pegawai Teknikal UMT Holdings Muhammad Mukmin Ahmad Razman berkata sebanyak lima petugas daripada anak syarikat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu termasuk pakar dalam sistem bioflok berperanan membimbing penduduk kampung menjayakan projek berkenaan.
Sejati MADANI: Hasil Ternakan Tilapia Diguna Bantu Penduduk Memerlukan
SejaTi MADANI, ikan, bioflok, penduduk, Kampung Ba