BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Ahli Sunnah (Perlu dibaca dan dihalusi)

nak belajar tentang islam bukan dlm forum, pi berguru, kalau belajar ikut buku ,lahau jadinya

jadi jika anda seorg yang benar alim, perbetulkan mereka. Jgn hanya dok sembang lebey. Dah busan jumpa org camni, cakap tak serupa bikin.

orang jahil memang salu busan saudara....tak ke gitu...
 
Pada pendapat saya, jika dilihat dari al-Quran jelas bahawa masalah wasiat adalah amat ditekankan.

كُتِبَ عليكم اذا حَضَرَ أحدُكم ُالموتَ أن تَرَكَ خيراً الوَصِيَّة لِلوَالِدَينِ والأقرَبيِنَ بالمَعرُوفِ حقًّا عَلى المُتَّقِينَ​

"Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang diantara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan harta hendaklah dia mewasiatkannya kepada ibu-bapa dan kerabatnya secara makruf (adil). Inilah kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa" [al-Baqarah: 180]

Menerusi ayat ini, Allah s.w.t telah memerintahkan hamba-hamba-Nya secara wajib agar mereka mewasiatkan harta pusaka mereka kepada ibu bapa dan keluarga terdekat. Melihat perkara ini, tentu kita terfikir: Jika soal harta pusaka sudah dititik-beratkan oleh Allah agar ia diwasiatkan, maka bagaimana dengan mudah kita dapat menerima soal kepimpinan umat yang jauh lebih besar kepentingannya dari soal harta tidak perlu diwasiatkan?

Apatah lagi bila kita melihat keprihatinan Rasul yang diabadikan Allah di dalam al-Quran yang berbunyi:

لقد جآءَكُم رَسُولٌ مِن أنفُسِكُم عزيزٌ عَليهِ ما عَنِتُّم حَرِيصٌ عليكُم بالمؤمِنينَ رؤُوفٌ رحيمٌ​

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Muhammad) berasa berat olehnya penderitaanmu, pula sangat inginkan keimanan dan keselamatan bagi kamu dan dia amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin" [at-Taubah: 128]

Berdasarkan ayat ini, Allah s.w.t memberikan gambaran jelas tentang keperibadian Nabi s.a.w yang sebenar. Baginda terlalu prihatin terhadap perpecahan umatnya, (Musnad Ahmad: 2/332) lari berpaling, (Shahih Bukhari: 2/209 & 5/192) bersaing mengejar keduniaan (Shahih Bukhari: 4/63) hingga berperang sesama sendiri (Shahih Bukhari: 7/112) dan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. (Shahih Bukhari: 4/144 & 8/192) Dengan semua ini, apakah mungkin baginda akan membiarkan umatnya terbiar tanpa seorang pemimpin yang menggantikan dirinya agar umat tidak berselisihan, berebut-rebut, berpecah kerana sebuah jawatan?

Begitu jugak kalau kita lihat tindakan Aisyah dan Ibnu Umar yang bersungguh-sungguh mahu Umar al-Khattab mewasiatkan jawatan khalifahnya kepada seseorang agar umat tidak berebut-rebut seperti apa yang telah berlaku ketika perlantikan Abu Bakar?

Aisyah binti Abi Bakar telah mengirim utusan kepada Umar dihari dia ditikam agar berwasiat menentukan pemimpin gantiannya dengan berkata: "Tentukan penggantimu sebagai pemimpin umat Muhammad dan janganlah kamu meninggalkan mereka terbiar begitu sahaja sesudahmu. Sesungguhnya aku takut fitnah akan menimpa ke atas mereka (perebutan kuasa)!" (Al-Imamah Was Siyasah: Hal 38)

Diikuti pula dengan tindakan Ibnu Umar yang beriya-iya meminta ayahnya Umar agar berwasiat menentukan pemimpin sesudahnya dengan berkata: "Aku telah mendengar orang ramai mengatakan bahawa anda tidak akan menentukan bakal penggantimu. Seandainya anda mempunyai pengembala unta dan pengembala kambing, kemudian ia datang kepadamu dan anda meninggalkan unta atau kambing tersebut terbiar, bukankah ia telah mensia-siakannya? Ketahuilah bahawa soal memimpin manusia itu lebih berat!" (Shahih Muslim: Bil. 4691, Sunan Abu Daud: Bil. 2939, Shahih Tirmidzi: Bil. 2226 dan Tuhfatul Asyraf: Bil. 10521)

Sekiranya Sayyidatina Aisyah dan Sayyidina Ibnu Umar boleh menyedari betapa pentingnya sebuah kepimpinan umat hingga memaksa mereka minta ia diwasiatkan, maka bagaimana kita dapat menerima dan mempercayai bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggalkan dunia ini tanpa mewasiat kepimpinan kepada seseorang, bahkan ia dijadikan urusan umat untuk memilihnya? Jika begitu, bukankah akan berlaku fitnah perebutan kuasa sebagaimana Aisyah meyakininya? Apakah Aisyah dan Ibnu Umar adalah lebih peka dari Rasulullah tentang soal kemaslahatan umat Islam? Jika begitu, siapakah manusia yang dipimpin wahyu Allah? Rasul atau Aisyah dan Ibnu Umar?
 
nak belajar tentang islam bukan dlm forum, pi berguru, kalau belajar ikut buku ,lahau jadinya

jadi jika anda seorg yang benar alim, perbetulkan mereka. Jgn hanya dok sembang lebey. Dah busan jumpa org camni, cakap tak serupa bikin.

yang ko terasa ni pesal??

ko ker yg punya dan bikin 'statement huru-hara' tu??

ooo...kalau la CG bukan tempat untuk belajar ttg Islam...jadi boleh la belajar ttg ajaran Syaqiqiah??...or ajaran Syaqiqiah ni terkeluar dari Islam??

mcmne nih??:-?
 
nak belajar tentang islam bukan dlm forum, pi berguru, kalau belajar ikut buku ,lahau jadinya

jadi jika anda seorg yang benar alim, perbetulkan mereka. Jgn hanya dok sembang lebey. Dah busan jumpa org camni, cakap tak serupa bikin.

dan boleh kah tuan guru syaqiq bagitau saya apa kah pula sembang lebih dalam ajaran tuan syaqiqiah??

bilakah ianya menjadi lebih dan bila pulak ianya mencukupi???

dan pada tahap mana pulak sembang yg boleh dilakukan untuk jadi wasatiah??
 
seperti biasa ustaz suka menyoal, dan kemudiannya membetulkannya, dan kemudiannya mengiyakannya dan last-last sekali mempersetujuinya.

Qalam Allah itu semuanya sama sahaja, yang jadi penting ialah cara manusia menginterpretasi atau menafsirnya.

lalu atas apakah dasar thread ini di buka wahai ustaz, untuk lebih banyak menyoal atau memperkukuhkan?

apakah yang ustaz cuba gali disini?

sila jawab soalan saya dengan jawapan ustaz, tak perlu ada cliche.... :D
 
seperti biasa ustaz suka menyoal, dan kemudiannya membetulkannya, dan kemudiannya mengiyakannya dan last-last sekali mempersetujuinya.

Qalam Allah itu semuanya sama sahaja, yang jadi penting ialah cara manusia menginterpretasi atau menafsirnya.

lalu atas apakah dasar thread ini di buka wahai ustaz, untuk lebih banyak menyoal atau memperkukuhkan?

apakah yang ustaz cuba gali disini?

sila jawab soalan saya dengan jawapan ustaz, tak perlu ada cliche.... :D

Kepada siapa soalan ni anda tuju ye? Kalau pada saya, saya yakin saya tak pusing2 cerita di sini. Saya sudahpun up kan balik soalan Suchi tersebut dan saya memberi jawapannya.

Bagi anda benarkah hujjah saya atau tidak. Minta anda baca ye....:)
 
Firman Allah s.w.t:

يا ايها الذين آمنوا إذا ضربتم فى سبيل الله فتبينوا ولا تقولوا لمن القى إليكم السلم لست مؤمنا تبتغون عرض الحياة الدنيا فعند الله مغانم كثيرة كذلك كنتم من قبل فمن الله عليكم فتبينوا إن الله بما تعملون خبيرا​

"Wahai orang2 yang beriman, apabila kamu bergerak di atas jalan Allah (iaitu amalan yang dilakukan kerana Allah )maka selidikilah (mencari bukti keterangan)dan jangan kamu mengatakan (menuduh) pada orang yang mengucap "salam" (kalimat لاإله إلا الله) kepadamu: Kamu bukan orang yang beriman! atas kerana mencari harta benda kehidupan dunia,padahal di sisi Allah ada harta yang banyak (kedudukan yang lebih baik dan kekal). Begitulah keadaan kamu dahulu. Lalu Allah mengurniakan nikmatNya ke atas kamu, maka selidikilah (mencari bukti keterangan). Sungguh, Allah maha teliti segala apa yang kamu kerjakan" (An-Nisa: 94)
 
Firman Allah s.w.t lagi di dalam surah Az-Zumar: 18

فبَشِّرْعِبَادِ الذين يَستَمِعونَ القَولَ فَيَتَّّبِعون أحْسَنَه * أولئك الذين هَدَاهُمُ الله واولئك هُمْ اُولو الألبَاب​

“Berilah khabar gembira (syurga) kepada hamba-hamba-Ku yang mereka (bersikap) mendengar dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikut yang terbaik. Mereka itulah orang-orang yang menerima petunjuk Allah dan mereka juga pakar berfikir”

Ayat di atas menyampaikan beberapa mesej penting dalam memahami Islam iaitu:

1- Khabar atau fakta yang disebutkan dengan kalimat القَول bergandingan dengan kalimat يَستَمِعُ bukan يَسمَعُ .

Berdasarkan ilmu bahasa Arab, يَسْتَمِعُ berasal dari kata سَمِعَ yang bermakna mendengar. Akan tetapi, maknanya akan berubah apabila ditambah dengan huruf أ, س, ت yang membawa erti minta didengar dengan teliti iaitu mendengar sambil berfikir.

Dengan ini jelas bahawa يستمع bermaksud mendengar dengan teliti setiap fakta dan khabar yang diterima supaya kita dapat membezakan mana yang benar atau sebaliknya. Inilah diantara hikmah Allah s.w.t menggunapakai kalimat tersebut berbanding kalimat يسمع kerana ia hanya membawa makna dengar sahaja.

2- Kalimat احسن membawa maksud al-haq iaitu kebenaran bukan bermakna yang terbaik. Jika احسن diertikan dengan yang terbaik, maka sudah pasti ada yang baik. Kebenaran Islam adalah al-haq dan bersifat tunggal. Dari itu tidak mungkin ajaran Islam yang benar-benar haq mempunyai saingan agama lain yang dikatakan yang baik diantara yang terbaik.

Ayat ini jelas menuntut agar kita membuat penelitian ke atas setiap fakta dan hujjah berbentuk ilmu yang menyeru ke arah kebenaran. Bukan hanya menerimanya tanpa perbahasan dan keyakinan (taqlid buta) semata-mata. Setelah terbukti kebenaran, maka kita diperintahkan agar mengikut yang haq. Inilah sikap manusia yang digelar Allah s.w.t sebagai اولو الألباب iaitu golongan cerdik pandai dan mereka itulah orang-orang yang telah diberi hidayah dan merekalah golongan yang dijanjikan oleh rahmat kebahagiaan dari Allah s.w.t di dunia dan di akhirat kelak.

Berdasarkan perkara ini maka saya rasa tak salah jika kita meneliti setiap persoalan agama kita sendiri. Banyak lagi perkara yang boleh kita bongkar dalam aqidah kita ni. Itulah perintah Allah yang menuntut umat manusia secara umum dan umat islam secara khusus dari firmanNya di dalam surah al-Isra`: 36

ولا تقْفُ ما ليسَ به عِلم * انّ السَّمْعَ والبَصَرَ والفُوأدَ كلّ أولئك كان عنه مسؤؤلا
​

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya! Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”
 
Teruskan tuan2 sekalian untuk berhujah, abaikan jika ada personal attack disini. Aku tambah2 lah nanti jika ada yg aku terlintas.
 
Teruskan tuan2 sekalian untuk berhujah, abaikan jika ada personal attack disini. Aku tambah2 lah nanti jika ada yg aku terlintas.

Ya tuan syaqiq...itu yang kita nak...tuan tanah monitor dan beri pendapat serta menegur mana yang kurang...:)
 
Back
Top
Log in Register