SCDF akan henti talian bukan kecemasan 1777 pada 1 Jan 2027
Gambar fail. (Gambar: Francine Lim)
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghentikan talian ambulans bukan kecemasan 1777 mulai 1 Januari 2027.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (1 Jul)
IKLAN
Talian 1777 pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998. Ia diwujudkan sebagai nombor berpusat untuk orang ramai mendapatkan khidmat ambulans bukan kecemasan. Tujuannya adalah untuk memastikan sumber ambulans kecemasan melalui talian 995 hanya digunakan bagi tujuan kes kecemasan yang mengancam nyawa.
Platform rujukan berpusat 1777 menghubungkan pemanggil dengan pengendali ambulans privet (PAO) yang mengambil bahagian, bagi khidmat pengangkutan perubatan dan keperluan pengangkutan bukan kecemasan lain.
“Buat masa ini, orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan bagi keadaan perubatan bukan kecemasan, termasuk klinik doktor keluarga berdekatan dan khidmat konsultasi melalui telefon atau online,” menurut MHA dan MOH.
Bagi perjalanan bukan kecemasan ke hospital, orang ramai juga boleh menaiki teksi atau menggunakan khidmat kereta sewa privet, yang mudah didapatkan dan biasa digunakan.
Menurut data daripada 24 pengendali ambulans privet yang menyertai talian itu, hanya enam peratus tempahan sekarang dibuat melalui talian 1777.
IKLAN
Melihat perkembangan ini, kedua-dua kementerian dan SCDF menilai talian 1777 bagi khidmat pengangkutan perubatan bukan kecemasan boleh dihentikan secara berperingkat.
Khidmat kecemasan talian 995 SCDF tidak akan terjejas oleh penghentian talian 1777.
Mereka yang memerlukan nasihat perubatan bagi keadaan bukan kecemasan boleh menghubungi talian bantuan NurseFirst di 6262 6262. Jururawat terlatih akan menasihati pemanggil tentang pilihan penjagaan yang sesuai.
Orang ramai yang memerlukan khidmat ambulans bukan kecemasan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan bayaran pengendali ambulans privet melalui go.gov.sg/pao.
SCDF akan henti talian bukan kecemasan 1777 pada 1 Jan 2027
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghentikan talian ambulans bukan kecemasan 1777 mulai 1 Januari 2027. Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (1 Jul) Talian 1777 pertama kali diperkenalkan pada tah