BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NTU akan henti gunakan alat kesan AI yang "pada dasarnya tidak boleh dipercayai" mulai 2027

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

NTU akan henti gunakan alat kesan AI yang "pada dasarnya tidak boleh dipercayai" mulai 2027​

screenshot_2026-08-14_232338.jpg

(Gambar fail: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan menghentikan penggunaan alat pengesan kecerdasan buatan (AI) bermula tahun 2027, menurut institusi itu dalam satu e-mel kepada para pengajar pada Khamis (13 Ogos).

Pihak universiti menyedari bahawa alat pengesan AI automatik yang ada berfungsi secara "pada dasarnya tidak boleh dipercayai", menurut e-mel yang ditandatangani oleh Dr Tan Seng Chee, naib provost bersekutu bagi transformasi pendidikan universiti itu.

IKLAN

Alat-alat ini juga tidak dapat membezakan antara salah guna yang tidak dibenarkan dengan penggunaan AI secara bertanggungjawab yang diperlukan dalam kurikulum, tulis beliau.

Oleh kerana alat-alat ini "kekurangan kesahihan empirikal", NTU akan menyahaktifkan alat pengesan AI peringkat institusinya pada akhir semester ini, iaitu pada 31 Disember, kata Dr Tan dalam e-mel yang dilihat oleh Mediacorp.

ISU KECERDASAN BUATAN PADA 2025

Salah guna AI pernah menjadi punca kontroversi bagi NTU pada tahun 2025. Pada April tahun berkenaan, tiga pelajar NTU dituduh menyalahgunakan AI bagi rujukan (citations) yang palsu dan tidak tepat.

Pelajar-pelajar tersebut – yang telah diberitahu di dalam kelas bahawa penggunaan ChatGPT dan alat AI tidak dibenarkan dalam "pembangunan atau penghasilan" cadangan esei serta esei panjang mereka – mempertikaikan dakwaan itu dan membangkitkan kebimbangan mengenai keadilan proses siasatan.

IKLAN

Ketiga-tiga mereka dituduh dan dikenakan hukuman kerana menggunakan AI generatif dalam tugasan mereka. NTU kemudiannya mengadakan sesi perbincangan dengan mereka dan mengekalkan markah sifar yang diberikan kepada seorang pelajar yang membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

NTU tidak akan bergantung kepada skor kebarangkalian AI sebagai bukti salah laku akademik, tulis Dr Tan dalam e-melnya, sambil mengambil perhatian bahawa langkah ini sejajar dengan amalan terbaik baharu yang diguna pakai di universiti-universiti tempatan dan antarabangsa.

"Oleh itu, kami sedang beralih daripada pengawasan automatik kepada reka bentuk penilaian yang menilai pembelajaran pelajar menerusi dokumentasi berorientasikan proses yang telus," kata beliau.

WUJUDKAN SUASANA KEPERCAYAAN

Keputusan untuk menghentikan penggunaan alat pengesan AI secara berperingkat ini berpunca daripada komitmen NTU terhadap kesejahteraan pelajar dan pengajar, serta hasratnya untuk mengekalkan budaya saling percaya, menurut e-mel tersebut.

IKLAN

Bagi pelajar, kebergantungan kepada "skor pengesanan berunsur permusuhan" mewujudkan persekitaran pengawasan dan rasa tidak percaya, yang "menjejaskan rasa selamat dari segi psikologi" yang diperlukan untuk penerokaan kreatif dan usaha pembelajaran, kata Dr Tan.

Bagi para pengajar pula, skor pengesanan AI menimbulkan gangguan pentadbiran dan pergeseran kognitif, tambah beliau.

Menyemak laporan kebarangkalian yang samar-samar memaksa pensyarah memainkan peranan seperti 'polis' yang mempertahankan, menyebabkan keletihan melampau (burnout) akibat menyiasat kes-kes berkenaan serta merenggangkan hubungan antara pengajar dengan pelajar, kata naib provost bersekutu NTU itu.

"Menyahaktifkan alat-alat ini membolehkan para pengajar menumpukan masa dan tenaga mereka kepada interaksi pengajaran yang lebih bermakna," kata beliau dalam e-mel tersebut.

ELAK MESEJ YANG MENGELIRUKAN

IKLAN

Bermula tahun akademik ini, semua pengajar dan pelajar mempunyai akses kepada kemudahan AI enterprise NTU, kata beliau, sambil menambah bahawa menyediakan akses kepada alat AI institusi tetapi pada masa yang sama terus menggunakan pengesan AI automatik menimbulkan mesej yang mengelirukan.

"Peralihan keluar daripada pengawasan automatik memastikan infrastruktur teknologi kami sejajar sepenuhnya dengan komitmen kami terhadap integrasi AI secara bertanggungjawab, dan bukannya pengawasan pasif," kata Dr Tan.

Menurut panduan mengenai cara mengendalikan isu tersebut sepanjang semester yang sedang berjalan ini, tenaga pengajar telah diminta untuk mengubah peranan pengesan AI.

Panduan yang dilampirkan bersama e-mel itu pada Khamis mengarahkan tenaga pengajar supaya elak daripada menggambarkan pengesan AI sebagai satu ancaman, dan menegaskan bahawa skor atau amaran automatik bukanlah bukti pelanggaran tatatertib.

Panduan itu juga menggalakkan tenaga pengajar menetapkan pendedahan standard serta menyesuaikan borang pendedahan AI contoh bagi kelas masing-masing.

Mediacorp telah bertanyakan NTU mengenai sofwe pengesan AI yang digunakannya dan sama ada ia membawa kepada tuduhan salah guna AI, serta menghubungi universiti-universiti berautonomi lain tentang sama ada mereka akan mengambil langkah serupa untuk berhenti menggunakan pengesan AI.

 
Back
Top
Log in Register