Dua tapak asrama pekerja akan ditawarkan mulai suku pertama 2027
Dormitori pekerja asing. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Pemerintah akan menawarkan dua tapak untuk pembangunan asrama pekerja seawal suku pertama tahun 2027.
Langkah ini bertujuan memastikan bekalan katil asrama yang mencukupi bagi menampung keperluan penginapan pekerja hijrahan pada masa hadapan.
IKLAN
Ia termasuk sebuah tapak baharu di Jurong Apartments, berhampiran Joo Koon Crescent.
Tapak seluas dua hektar itu dijadualkan untuk ditawarkan bagi penjualan pada separuh kedua tahun 2027 dan dianggarkan mampu menyediakan sekitar 8,100 katil.
Satu lagi tapak terletak di 1 Lorong Lada Hitam, berhampiran Mandai Road. Tapak ini dijangka menyediakan sehingga 15,000 katil asrama.
Dengan keluasan 10.7 hektar, tapak tersebut dijadualkan dilancarkan seawal suku pertama tahun hadapan.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan bahawa tapak-tapak baharu itu, bersama empat lokasi lain yang dilancarkan pada penghujung tahun 2025, akan menambah lebih 48,000 katil untuk pekerja hijrahan menjelang awal dekad 2030-an.
IKLAN
Kedua-dua kementerian juga akan mengemas kini perancangan bekalan asrama setiap tahun bagi membantu pihak industri membuat perancangan serta menggalakkan penyertaan dalam tender yang akan datang.
Dua tapak asrama pekerja akan ditawarkan mulai suku pertama 2027
SINGAPURA: Pemerintah akan menawarkan dua tapak untuk pembangunan asrama pekerja seawal suku pertama tahun 2027. Langkah ini bertujuan memastikan bekalan katil asrama yang mencukupi bagi menampung keperluan penginapan pekerja hijrahan pada masa hadapan. Ia termasuk sebuah tapak baharu di J