MJ dah banyak memberi manfaat kepada orang lain dalam thread ni - tahniah kepada MJ
sekali lagi untuk kefahaman -
Yang Supply BID atau ASK pada Market yang kita tengok adalah Market Makers/Dealers
BID adalah Offer nak BELI
ASK adalah Offer nak JUAL
Pasal pemerhatian MJ yang sudah berkali-kali antara BID Flat, ready untuk SELL dan ASK Flat, ready untuk BUY - ianya adalah sesuatu yang sangat berharga untuk tatapan semua
Namun, apa benda yang boleh kita faham di situ ?
Jika ASK Flat dan BID makin ke bawah - ianya bermaksud
Takde Market Participants yang sanggup nak Offer Jual pada harga lagi rendah, sedangkan ada Market Participants yang sanggup nak beli lagi rendah -
fenomena apa tu ? ini fenomena rata-rata Market merasakan Price AKAN NAIK - contoh harga rumah sekarang 400K, dan rata-rata Market Participants merasakan harga rumah akan naik, of course, kurang atau takde orang nak offer jual pada harga rendah dari 400K, namun pasti akan ada orang nak offer beli pada harga 380k, 350k.
Kena bezakan juga, (INI PENTING) , offer nak jual dan offer nak beli adalah SANGAT BERLAINAN dengan yang MEMBELI dan MENJUAL.
Jika kita lihat sekali lagi fenomena ASK Flat dan BID yang bergerak (selalu ke bawah), dan membesarkan spread - ini menunjukkan UNINFORMED Traders yang Menjual pada harga rendah dari 400K, contoh 380K dia sanggup MENJUAL pada orang offer nak beli (adalah BID) - sedangkan Market Makers dan INFORMED TRADERS tidak. Paham tak ?
Keadaan di mana, takde orang nak OFFER Jual (ASK) pada harga lebih rendah dari suatu level, sedangkan ada orang nak OFFER beli (BID) lagi rendah dari suatu level - MEMANG menunjukkan rata-rata PRICE akan naik.
Jadi, setelah UNINFORMED TRADERS yang SELL atau Menjual pada harga BID yang rendah itu, di accumulate kan, Market Makers akan 'memaparkan' (samada memang dari Market atau dari Mereka sendiri - mereka ni kan Market Makers) tetiba (sharp ASK jatuh) ada orang sanggup OFFER nak jual pada harga 350K contohnya, dan merekalah yang PERTAMA sekali akan MEMBELINYA (dengan harga RENDAH tersebut), dengan mengetahui bahawa SENTIMENT MARKET adalah PRICE AKAN NAIK -
maka
Trade lah sepertimana Market Makers Trade -