KepalaLutut
Junior Member
- Messages
- 89
- Joined
- Oct 16, 2008
- Messages
- 89
- Reaction score
- 17
- Points
- 11
Sistem: FAMA-APB Scalping
Download Links: http://www.mediafire.com/?2r94atxsitapbmt (password: famaapbscalping)
Download Links (Revision-B-25/09/2012) : http://www.mediafire.com/?jqjdfjet75776bi (password:famaapbscalping)
TF: M5
Pair:
Terpulang kepada selera masing-masing, tetapi digalakkan untuk menggunakan pair yang mempunyai spread kecil seperti EU, UCHF, EJ dsb. Pun begitu, sistem ini pernah diuji pada crude/oil dan juga Gold (XAUUSD), dan memberi hasil yang agak menarik.
Indikator:
1. Kaufman Band with alert
2. MTF Moving Average
3. CCI
4. MTF Waddah Attar Explossion
5. Synergy Average Price Bar (APB) – Heiken Ashi
6. Candle Time & Spread (indi tambahan)
Setting penting untuk indikator:
Kaufman Band
PeriodAMA – 9
nFast – 2
nSlow – 30
MTF Moving Average
Timeframe – 60
MA Period – 50
CCI
Period – 14
MTF Waddah Attar Explosion
Sensitive – 150
Dead Zone Pip – 15
Explosion Power – 15
Trend Power – 15
Buy setup:
**Price mesti berada di atas MTF Moving Average
1. APB Bar berwarna biru
2. Dot warna hijau di Kaufman Band dengan line hitam sedikit 'mendaki'. Sekiranya line hitam masih mendatar, disyorkan supaya tidak membuka sebarang post.
3. Bar di Waddah Explosion mempunyai warna yang sama dengan titik di Kaufman Band (Dark Purple)
4. Line hijau di CCI telah memasuki zon +100, (pastikan telah betul-betul memasuki zon tersebut dan bukannya 'masih' di atas garisan pembahagi)
Sell apabila:
**Price mesti berada di bawah MTF Moving Average
1. APB bar berwarna merah
2. Dot warna chocolate di Kaufman Band dengan line hitam sedikit 'menurun'. Sekiranya line hitam masih mendatar, disyorkan supaya tidak membuka sebarang post. Price (APB) berada di atas line hitam
3. Bar di Waddah Explosion mempunyai warna yang sama dengan titik di Kaufman Band (Chocolate)
4. Line hijau di CCI telah memasuki zon -100, (pastikan telah betul-betul memasuki zon tersebut dan bukannya 'masih' di atas garisan pembahagi)
Take Profit:
Terdapat dua kaedah TP, sama ada TP Tetap atau Trend Following TP
TP Tetap – 10 pip (4 digit broker) untuk semua pair. (100 pip untuk 5 digit broker)
Trend Following – Semua rules dipatuhi. Close post apabila rules tidak lagi selari. Rujuk bawah sebagai 'contoh':
Posisi – Buy
APB – biru
Kaufman Dot – Purple
Waddah Attar – Purple
CCI – telah keluar dari kawasan +100
Posisi – Sell
APB – Merah
Kaufman Dot – Purple
Waddah Attar – Chocolate
CCI – telah keluar dari kawasan -100
Stop Loss:
Sebaik-baiknya SL diletak di Previous High (untuk Sell position) atau Previous Low (untuk Buy position). Boleh juga tidak meletakkan sebarang SL dan melakukan 'Cut Lost' dengan 'follow trend', tetapi.. bak kata pepatah orang Afrika.. “risiko tanggungan sendiri sekiranya 'karan tiada, atau berukben/strimix/unifai buat hal, atau komputer meletup”
Penerangan indikator
Kaufman Line
Dibangunkan oleh John Ehlers dan lebih dikenali sebagai FAMA (Following Adaptive Moving Average). Sesuatu yang menarik tentang FAMA adalah, sekiranya kita dapati bahawa Kaufman Line (line hitam) berada dalam keadaan mendatar (walaupun terdapat dot), trend adalah sangat lemah untuk kita membuat sebarang OP. Saya pastinya tidak akan membuka sebarang post sekiranya keadaan ini berlaku. Sekiranya APB merentas Kaufman Line (garis hitam), dan close di sebelah yang satu lagi, hampir pasti bahawa reversal sedang berlaku. Dinasihatkan juga untuk close mana-mana post yang berkenaan.
Indi ini didatangkan dengan alert. Setiap kali ada dot, maka ada lah alert-nya, terpulanglah pada kita sama ada nak OP ataupun buat 'pekakkkk' saja. Indi ini sangat 'gangnam style'! Dan merupakan ASAS UTAMA kepada sistem ini.
Pun begitu, indi ini hanya akan 'OK' jika diguna dengan 5 decimal broker. Sampai hari ni, saya masih heran. Bak kata Wan Kamaruddin NTV7, “Apa kejadahnya berlaku perkara sebegitu rupa??? sehinggakan menimbulkan aniaya kepada pengguna-pengguna 4 decimal broker, atau kejadahnya itu disebabkan permainan broker-broker 4 digit??? apa kejadahnya....!”.
Boleh lihat perbandingan dengan imej di bawah antara 5 decimal broker dengan 4 decimal broker (tarikh dan waktu yang sama). Dapat dilihat bahawa, 5 decimal broker (TF M5) lebih sensitif berbanding 4 Decimal Broker. Anda boleh kira 'dot' yang terhasil.
MTF Moving Average
Masta Sedinho pernah menjelaskan tentang Multi Time Frame MA di thread ini.. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=226115
Saya memilih untuk menggunakan MTF MA kerana, saya tak perlu lagi nak selak-selak di TF yang lain. Letak saja di TF yang saya sedang trade (dengan setting yang betul), dan pastikan sebelum OP, MTF MA telah dikenalpasti kedudukannya.
CCI
Commodity Channel Index (CCI) yang dibangunkan oleh Donald Lambert merupakan satu indi yang boleh digunakan untuk menentukan momentum pasaran semasa, atau keadaan overbought dan oversold, atau kebarangkalian berlakunya reversal. Saya menggunakan default setting (14) dan level +100/-100 untuk sistem ini. Sekiranya garis hijau berada di atas zon +100 ~ buy, dan sekiranya garis hijau berada di bawah zon -100 ~ sell. Indikator yang amat 'straight forward'.
MTF Waddah Attar Explosion
Waddah akan menunjukkan kekuatan satu-satu trend. Apabila saiz bar mula mengurang, maka trend telah menjadi semakin lemah, “which signals a potential exit,” kata orang Afrika.
Synergy Average Price Bar
Sejenis Heiken Ashi yang dipopularkan oleh Dean Malone (compassfx). Saya lebih suka menggunakan APB dari lain-lain 'jenis HA', kerana APB lebih hampir dengan candlesticks. Kebanyakan HA akan menunjukkan bar yang kadang-kala terrrrrramatlahhh jauhnya dari price yang sebenar. Indi dengan default setting. Takleh ubah-ubah, melainkan dengan mengubah mq4 kodnya. Tapi jangan gatai ubah laaa.. dah 'sedang molek' tuuu...
Candle Time & Spread
Ini merupakan indi tambahan semata-mata. Saya amat malas untuk menghafal 'spread' untuk setiap 'benda alah' yang saya trade, be it currency, commodity dan segala.. dan segala... Dengan adanya indi ini, hidup saya telah berubah dengan amat drastik. Saya mampu makan nasik sambil memakai kanta lekap, hanya kerana saya menggunakan indi ini. Hebat bukan? Cubalah kalau tidak percaya.
Apa cerita??
Sekiranya anda mahu menggunakan kaedah ini, pastikan anda mencubanya dalam demo akaun terlebih dahulu, dengan 5 Decimal Broker. Dan barang diingat, “risiko perniagaan adalah tanggungan sendiri”.
Dan sebarang idea untuk penambah-baikan amatlah dialu-alukan, malah akan dibelanja dengan secawan teh tarik gelas besar.
Last edited:
