BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu Lagi Operasi Pembenihan Awan Dilaksana Di Melaka, Johor Minggu Depan - Arthur

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4a0a02b2e0625babd5e6245496aa3b2769ddf6aaad5d7

Datuk Seri Arthur Joseph Kurup

Satu lagi operasi pembenihan awan (OPA) akan dilaksanakan minggu depan di Melaka dan Johor, berikutan keadaan cuaca panas dan kering berpanjangan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata kementeriannya melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memantau rapat situasi cuaca semasa yang mencatatkan peningkatan suhu  hingga 37.5 darjah Celcius dalam tempoh peralihan monsun.

“Minggu lepas, kita telah memulakan operasi pembenihan awan di beberapa negeri dan kita melihat hasil yang memberangsangkan. Bagaimanapun, peningkatan paras air sungai masih belum mencapai tahap diharapkan.

“Oleh itu, kita telah menerima permohonan untuk melaksanakan satu lagi operasi pembenihan awan di Johor dan Melaka minggu depan sebagai langkah mitigasi susulan keadaan cuaca panas dan kering berterusan, yang dijangka hingga Mei dan Jun,” katanya kepada pemberita pada prapelancaran Minggu Kelestarian Antarabangsa (ISW) 2026 di sini hari ini.

Sebagai langkah mitigasi awal, kerajaan telah melaksanakan operasi pembenihan awan selamat empat hari bermula 6 April dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang menumpukan empangan utama di Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan Johor, bagi membantu mengekalkan bekalan air untuk kegunaan domestik dan pertanian.

Sementara itu, Arthur berkata Malaysia terus berhubung rapat dengan negara jiran memandangkan keadaan kering berpotensi meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan sekiranya berlaku kebakaran.

Beliau berkata pemantauan berterusan dan nasihat akan dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan situasi.

 
Back
Top
Log in Register