BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sasaran Perdagangan Malaysia-Turkiye Sebanyak US$10 Bilion Boleh Dicapai - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
9b95af0d7dc805afce0785a91bd48122695e91314048a

bcc7e49ac892ee595c5e241822a15bf0695e90e8ef3d3

05d4da4712f6bdda2dfbb85c8a2f8fd3695e90ef2ddbe

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye di Kompleks Presiden.

Daripada Muhammad Saufee Rosman

ANKARA, 7 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$10 bilion (US$1 = RM4.05) antara Malaysia dan Turkiye dapat dicapai, meluahkan keyakinan terhadap kekuatan ekonomi kedua-dua negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Turkiye mempunyai ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan manakala Malaysia, walaupun saiz ekonominya lebih kecil, ia berkembang pesat dan telah muncul sebagai destinasi menarik untuk pelaburan bernilai tinggi terutamanya dalam semikonduktor, kecerdasan buatan, pusat data dan teknologi baharu termasuk industri nadir bumi.

“Dan saya berpendapat kerjasama ini akan lebih bermakna bukan sahaja dari segi tahap perdagangan tradisional tetapi juga dalam disiplin baharu yang akan diperkukuhkan menerusi kerjasama pendidikan dan penyelidikan antara kedua-dua negara.

“Itulah sebabnya mekanisme yang diperlukan harus dirangka ,” katanya dalam kenyataan media bersama dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, kenyataan berkenaan dikeluarkan sempena lawatan rasmi Anwar ke Turkiye di sini hari ini.

Anwar berkata Malaysia telah mendapat manfaat ketara daripada pengaturan perolehan kerajaan-ke-kerajaan yang melibatkan industri pertahanan Turkiye, terutamanya melibatkan tentera laut dan aeroangkasa, menyifatkan kerjasama itu sebagai kelebihan utama untuk Malaysia.

Beliau berkata kerjasama sedemikian juga mencerminkan model perkongsian baharu berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik dan ketelusan.

Skop kerjasama dua hala itu akan diperluaskan lagi untuk merangkumi industri halal dan kewangan Islam, yang disifatkan sebagai sektor yang mempunyai potensi kukuh untuk kedua-dua negara meneroka dan memajukan bersama, katanya.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 berjumlah RM21.2 bilion (US$4.92 bilion), ia menekankan kepentingan Turkiye yang berterusan sebagai rakan kongsi ekonomi untuk Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register