BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Mesir Lawat Malaysia Bulan Depan - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Presiden Mesir Lawat Malaysia Bulan Depan - PM Anwar​

d9c9149386cd8ee49011c73300092cb16aa600b6c5bdf

Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bulan depan.

“Insya-Allah, beberapa perkara berkaitan hubungan Malaysia-Mesir akan dibincangkan dengan lebih mendalam tatkala Presiden El-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bulan hadapan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial beliau.

Tiada butiran lanjut tentang lawatan tersebut yang dinyatakan dalam hantaran itu.

El-Sisi ialah seorang daripada pemimpin BRICS yang ditemui Perdana Menteri di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, di sini semalam.

Pada 2024, Malaysia dan Mesir bersetuju untuk berusaha meningkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik.

Anwar tiba di sini pada Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang berakhir hari ini.

Perdana Menteri akan meneruskan lawatan kerja ke Keralam (nama rasmi baharu bagi Kerala), sebuah negeri terletak di Pantai Malabar, selatan India.

Ini merupakan lawatan kedua beliau ke India atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, dengan lawatan pertama dilakukan pada Ogos 2024.

 
Back
Top
Log in Register