kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Eksekutif Pasar Raya Everwin Papar, Changes Wong membantu juruwang melayan pelanggan yang memanfaatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan membeli barangan keperluan harian di pasaraya itu ketika tinjauan baru-baru ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan sahaja meringankan beban rakyat untuk membeli barang keperluan asas, malah turut memberi impak berganda kepada pemain industri tempatan termasuk pasar raya, peruncit, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Eksekutif Pasar Raya Everwin Papar, Changes Wong berkata pelaksanaan SARA membuka peluang kepada pasar raya meningkatkan hasil jualan, khususnya bagi barang keperluan asas yang menjadi pilihan utama penerima bantuan.
“Sejak pelaksanaan SARA, memang ada peningkatan ketara dari segi hasil jualan dan jumlah pelanggan. Kebanyakan penerima beli barang harian seperti beras, minyak masak, telur, tepung dan susu pekat manis.
“Melalui SARA, pengguna juga lebih bijak berbelanja untuk mendapatkan kuantiti barang yang lebih banyak dengan nilai RM100 yang diterima setiap bulan,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Penyelia Pasar Raya Golden Dragon City Kinarut, Noratikah Abdullah, 24, turut mengakui pelaksanaan SARA memberi kesan positif kepada operasi pasar raya itu dengan peningkatan jualan dan jumlah pelanggan sehingga 80 peratus sejak program itu dilaksanakan.
“Kami juga menambah bekalan barangan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung kepada dua kali ganda. Selain itu, promosi Jualan Rahmah diadakan setiap minggu bagi menawarkan barangan pada harga lebih murah, sekali gus membolehkan penerima SARA mendapatkan lebih banyak barangan,” katanya.
Penyelia Pasar Raya Bataras Putatan, Dayang Norhaini Anderias, 24, pula berkata pihaknya memastikan bekalan barangan asas mencukupi pada setiap bulan bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar.
“Biasanya penerima SARA datang membeli barang keperluan pada minggu pertama setiap bulan menyebabkan kaunter agak sesak. Ada juga produk PMKS dijual di bawah program SARA tetapi masih tidak ramai pelanggan mengenalinya,” katanya.
SARA Lonjak Ekonomi Tempatan, Bantu Pengusaha Dan Peruncit Tingkat Jualan
SARA, PMKS, Datuk Ewon Benedick, KUSKOP