BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SAR Kanak-kanak Warga Indonesia Dikhuatiri Lemas Di Subang Jaya, Diteruskan Hari Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

SAR Kanak-kanak Warga Indonesia Dikhuatiri Lemas Di Subang Jaya, Diteruskan Hari Ini​

f914e7bb2d7a4569419575dc09c094a36a79e521066a0

Kredit: Bomba

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun yang dikhuatiri lemas, selepas terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, diteruskan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata operasi SAR hari ini, diperluas melebihi lapan kilometer menghala ke Sri Muda dan Sungai Kandis.

“Operasi ini menggunakan tiga bot JBPM dengan kaedah pencarian di permukaan air bagi mengesan mangsa melibatkan sembilan anggota, selain aset termasuk sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua bot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Antara cabaran dihadapi pasukan SAR ialah keadaan arus sungai yang deras dan kemungkinan hujan di kawasan hulu, yang boleh menyebabkan arus bertambah laju. Selain itu, terdapat beberapa kawasan yang mempunyai jeram semula jadi, menyebabkan bot tidak dapat melalui laluan berkenaan dan terpaksa dipindahkan menggunakan treler,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.06 malam dan SAR diaktifkan bagi mencari mangsa di sekitar lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira 6.30 petang ketika bermain bersama rakan-rakannya.

 
Back
Top
Log in Register