BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146
c1751815d97be1dbe73033d09d639d9068f9c3bc90ba6

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kanan)

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini bersetuju untuk menamatkan pertikaian peribadi mereka dalam prosiding kes saman fitnah yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah itu dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa setelah mempertimbangkan kesan daripada tindakan saman serta kos perundangan yang bakal ditanggung kedua-dua pihak, mereka bersetuju untuk menamatkan pertikaian berkenaan secara muktamad memandangkan terdapat banyak isu yang lebih besar dan penting perlu diberi perhatian demi kepentingan negara.

"Muhammad Sanusi dengan secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat olehnya pada 13 Nov 2022 terhadap Anwar. Muhammad Sanusi juga beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman ini.

"Selaras dengan itu, Anwar, yang menghargai usaha murni itu bersetuju untuk menarik semula saman sivil difailkannya terhadap Muhammad Sanusi tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bahawa langkah penarikan balik saman tersebut merupakan langkah bagi menjernihkan keadaan dan mengekalkan hubungan yang baik dan berhemah antara kedua-dua pihak.

Anwar dan Muhammad Sanusi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee kerana tanpa usaha mediasi beliau, penyelesaian itu tidak mungkin dapat dicapai.

Kedua-dua pemimpin itu juga merakamkan penghargaan kepada pegawai mahkamah yang terlibat atas profesionalisme dan budi bicara mereka dalam mengendalikan kes berkenaan.

Kedua-dua pihak turu berharap agar penyelesaian itu diterima serta dihormati oleh semua pihak dan tidak dijadikan bahan untuk menjejaskan kesejahteraan, perpaduan serta keharmonian negara.

Sementara itu, peguam Datuk S.N.Nair yang mewakili Anwar ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

 
Pilihanraya untuk pilih wakil saja, lepas tu semua masuk kerajaan perpaduan/campuran.
 
Back
Top
Log in Register