BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenyataan Fitnah: Anwar Tuntut Tuan Ibrahim Buat Permohonan MaafÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kenyataan Fitnah: Anwar Tuntut Tuan Ibrahim Buat Permohonan MaafÂ​

8b3d1b80ff3c0549518f4ac646f622a66a488dc0407b6

Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan notis tuntutan menuntut Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung beberapa kenyataan didakwa berunsur fitnah yang dikeluarkan terhadapnya.

Peguam Datuk SN Nair berkata kenyataan yang didakwa berbaur fitnah itu dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lepas dan telah diterbitkan semula melalui media sosial.

“Surat tuntutan tersebut antara lain menuntut supaya Tuan Ibrahim menarik balik serta-merta kenyataan yang dipertikaikan dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat.

“Selain itu, Tuan Ibrahim juga perlu membuat aku janji agar tidak mengulangi dakwaan tersebut selain membayar ganti rugi dan kos guaman,” kata peguam itu menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata Tuan Ibrahim diberi tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya diarahkan untuk memulakan prosiding undang-undang tanpa sebarang notis lanjut.

 
Back
Top
Log in Register