BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Saman Tuan Ibrahim Berhubung Kenyataan Berbaur Fitnah Dalam Ceramah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Saman Tuan Ibrahim Berhubung Kenyataan Berbaur Fitnah Dalam Ceramah​

46872f7c659d840e8cf65cf5f6a1cb6d6a79dc9cd948c

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan yang dibuat semasa satu ceramah politik di Pahang, Jun lepas.

Anwar selaku plaintif memfailkan tuntutan itu menerusi firma guaman Tetuan S.N. Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di sini dan menamakan Tuan Ibrahim sebagai defendan.

Pernyataan tuntutan Anwar mendakwa defendan telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang merujuk kepadanya ketika berucap dalam satu ceramah politik di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau pada 14 Jun lepas di hadapan orang awam dan wakil media yang hadir.

Beliau berkata klip video ucapan itu kemudian dimuat naik, diterbitkan atau diterbitkan semula di akaun YouTube “@Malaysianometry” pada keesokannya dengan tajuk “Tuan Ibrahim: Pengulas bola direhatkan lepas sertai PAS, ini tanda-tanda PH nak mampus”.

Menurut plaintif, setakat tarikh pemfailan tindakan saman itu, klip video berdurasi 11 minit tersebut telah menerima lebih 20,000 tontonan, 482 tanda suka dan 65 komen selain terus boleh diakses, ditonton serta dikongsi oleh orang awam.

 
Back
Top
Log in Register