BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Samsung Galaxy F36 Akan Di Perkenalkan Pada Hujung Minggu Ini Untuk Pasaran India

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Hanya seminggu selepas pelancaran siri peranti boleh lipat mercu mereka, Samsung dijangka akan memperkenalkan satu lagi model peranti pintar baru, kali ini untuk pasaran kelas pertengahan dengan Samsung Galaxy F36.

image-85-950x784.png.webp


Peranti pintar ini hadir menggunakan paparan Super AMOLED dengan kaca Gorilla Glass Victus+ bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080×2340 pixel. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Samsung Exynos 1380 dan akan tampil dengan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka OneUI 7.

Dari segi pilihan memori dan storan pula, peranti ini menawarkan sehingga 8GB memori LPDDR5X dan storan sehingga 256GB yang boleh ditambah menggunakan kad MicroSD sekiranya diperlukan.

image-86-950x791.png.webp


Di bahagian belakang, peranti ini dilengkapi dengan sistem kamera tiga lensa yang terdiri daripada kamera utama 50MP yang dilengkapi dengan sistem penstabilan imej optikal, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera swafoto pula tampil dengan sensor 13MP. Kedua-dua kamera tampil dengan kebolehan untuk merakam video pada resolusi 4K.

Dari segi rangka peranti, apa yang dapat diperlihatkan ialah bahagian sisi diperbuat daripada logam, dan yang menariknya, bahagian belakang peranti ini hadir dengan penutup yang diperbuat daripada kulit tiruan, dengan pilihan warna merah dan biru.

image-87-950x784.png.webp


Samsiung Galaxy F36 juga nampaknya akan tampil dengan sejumlah ciri-ciri AI yang akan membantu pengguna untuk mengambil gambar dan video yang tajam dan bersih, dan memudahkan proses penyuntingan terus dari peranti.

image-88-950x394.png.webp


Samsung Galaxy F36 nampaknya akan dilancarkan khusus untuk pasaran India, dimana ia dikatakan menyerupai spesifikasi peranti Samsung Galaxy M36 yang dilancarkan baru-baru ini juga. Samsung telah menyenaraikan peranti ini di kedai atas-talian mereka di Flipkart, dan nampaknya akan dijual secara eksklusif juga di pasaran tersebut.

Sumber asal https://www.flipkart.com/samsung-galaxy-f36-coming-soon-store?
 
Samsung Galaxy F36 5G Rasmi - Kamera 50MP OIS dan Kemaskini 6 Versi Android

Samsung
meluaskan barisan siri F dengan memperkenalkan model bajet baharu Galaxy F36 5G untuk pasaran India. Peranti ini menawarkan beberapa fungsi yang menarik merangkumi sokongan perisian yang panjang dan ciri asas yang biasanya terdapat pada peranti lebih mahal mereka.

Samsung-Galaxy-F36-5G-4-edited-1.webp


Peranti hadir dengans skrin Super AMOLED FHD+ 6.7-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Exynos 1380 bersama pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan 128GB yang boleh diperluaskan sehingga 2TB melalui kad microSD. Ia turut menjalankan OneUI 7 (berasaskan Android 15) dengan sokongan enam generasi kemaskini android dan sekuriti.

Samsung-Galaxy-F36-5G-3-950x416.webp
Samsung-Galaxy-F36-5G-2-950x416.webp


Bateri 5000mAh digunakan menyokong sistem pengecasan 25W namun kepala pengecas tidak disertakan dalam kotak pembelian. Tetapan kamera pula merangkumi 50MP utama (OIS), 8MP ultra-lebar dan 2MP makro manakala kamera hadapan sebesar 13MP. Kedua-dua kamera turut menyokong rakaman video 4K, di samping beberapa ciri pintar seperti Object Eraser, Image Clipper dan Edit Suggestions.

Samsung-Galaxy-F36-5G-1-950x416.webp
Samsung-Galaxy-F36-5G-5-950x416.avif


Ciri-ciri lain disertakan termasuk pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.3, USB Type-C dan sokongan NFC dengan fungsi Tap and Pay. Galaxy F36 5G ditawarkan pada harga Rs 17,499 (~RM 857) (6/128GB) manakala model 8GB + 12GB berharga Rs 18,999 (~RM931). Pilihan warna termasuk Coral Red, Luxe Violet dan Onyx Black.​
 
Back
Top
Log in Register