BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kehadiran Oppo Reno15 Untuk Pasaran Malaysia Di Acah Secara Rasmi - Tempahan Awal Di Buka

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Generasi baharu Oppo Reno15 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini didedahkan oleh Oppo melalui laman web rasminya dengan pelancaran dijadualkan pada 6 Januari 2026. Pratempahan awal peranti turut dibuka sehingga 5 Januari 2026 dengan deposit sebanyak RM50. Tempahan awal hadir bersama hadiah bernilai RM1157 yang merangkumi rebat segera RM50, Oppo Crossbody Lanyard, kabel type-C serta 500 mata ganjaran.
1766405416848.png

Selain daripada itu, pembeli boleh menambah sebanyak RM99 untuk mendapatkan Oppo Watch S yang asalnya berharga RM799. Sebanyak dua model ditawarkan iaitu Standard dan Pro namun spesifikasinya masih belum dipastikan sama ada sama seperti versi pasaran China atau sebaliknya.​
 
Oppo Reno15 Pro Max, Reno15 Pro Dan Reno15 Memasuki Pasaran Global

Oppo membawa siri Reno15 ke pasaran global bermula di Taiwan. Sebanyak tiga model diperkenalkan iaitu Oppo Reno15 Pro Max, Oppo Reno15 Pro dan Oppo Reno15. Kesemuanya hadir dengan pendekatan berbeza bagi menarik perhatian kumpulan pengguna masing-masing.
1767358402286.png
Oppo Reno15 Pro Max 5G hadir dengan skrin 6.78 inci AMOLED FHD+ serta kadar segar semula tinggi. Peranti ini dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8450 bersama memori 12GB RAM dan storan 512GB. Ia turut dilengkapi bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W serta pengecasan nirwayar 50W. Sistem kamera utama menampilkan gabungan 50MP sudut lebar, 200MP utama dan 50MP telefoto manakala kamera hadapan beresolusi 50MP. Selain itu, kedua-dua kamera mampu merakam video 4K60FPS dengan penstabilan terbina. Sebagai tambahan, peranti menyokong pengimbas cap jari dalam skrin, imbasan wajah, NFC dan menjalankan perisian ColorOS16.
1767358426746.png

Oppo Reno15 Pro hadir dengan skrin 6.32 inci AMOLED FHD+ (2640 × 1216 piksel) serta kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 8450, digandingkan dengan memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan 256GB UFS 3.1. Selain itu, peranti ini dilengkapi kamera utama 50MP sudut lebar, 200MP utama dan 50MP telefoto manakala kamera swafoto beresolusi 50MP. Bateri berkapasiti 6200mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 80W namun tiada pengecasan nirwayar disediakan.
1767358445629.png

Oppo Reno15 hadir dengan skrin AMOLED 6.59 inci FHD+ 120Hz, dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Peranti ini dilengkapi bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Selain itu, sistem kamera utama terdiri daripada 8MP sudut lebar, 50MP utama dan 50MP telefoto manakala kamera swafoto beresolusi 50MP.

Oppo Reno15 Pro Max dijual pada harga NTD 24,990 (~RM3,226) dengan pilihan warna Twilight Gold dan Desert Brown. Sementara itu, Reno15 Pro berharga NTD 20,990 (~RM2,709) ditawarkan dalam warna Aurora Blue dan Desert Blue. Oppo Reno15 (12GB+256GB) dijual pada harga NTD 17,990 (~RM2,324) manakala varian 12GB+512GB berharga NTD 19,990 (~RM2,580).​
 
Oppo Reno15F Di Lancarkan Dengan Cip Snapdragon 6 Gen 1 & Bateri 7000mAh

Oppo Reno15 F
dilancarkan sebagai tambahan baharu dalam siri Reno terkini. Peranti ini mengekalkan sebahagian besar perkakasan yang menyerupai Reno14 F dengan perbezaan utama pada kapasiti bateri dan sokongan pengecasan pantas. Oppo Reno15 F hadir dengan skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 6 Gen 1 dengan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 512GB.
1768387406936.png

Bateri berkapasiti 7000mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Untuk kamera, ia menawarkan sensor utama 50MP, ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan kamera swafoto 50MP. Peranti ini ditawarkan dalam pilihan warna Afterglow Pink, Aurora Blue dan Twilight Blue. Buat masa ini, harga jualan masih belum diumumkan. Untuk pasaran Malaysia, ia dijadualkan tiba pada 6 Januari 2026.​
 
Oppo Reno15 Pro, Reno15 & Reno15F Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM1499

Oppo hari ini melancarkan peranti terbaharu di Malaysia melalui siri Reno15. Tiga model berbeza ditawarkan dengan spesifikasi perkakasan dan sasaran pengguna masing-masing. Oppo Reno15 Pro hadir dengan skrin 6.32″ AMOLED FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8450 bersama 12GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.
1768388404477.png

Reno15 Pro

Selain itu, peranti ini dilengkapi bateri 6200mAh dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Dari segi kamera, peranti ini menggabungkan sensor 50MP sudut lebar, 200MP lebar (utama) dan 50MP telefoto dengan OIS di bahagian belakang manakala kamera hadapan beresolusi 50MP. Kedua-dua kamera turut menyokong rakaman video 4K60FPS dengan penstabilan terbina. Sebagai pelengkap, ia turut menyokong pengimbas cap jari dalam skrin, imbasan wajah dan NFC serta menjalankan ColorOS16.​
 
Oppo Reno15 hadir dengan skrin 6.59″ AMOLED FHD+ 120Hz. Ia dikuasai cip Snapdragon 7 Gen 4 dengan pilihan memori 12GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman 512GB UFS 3.1. Sistem kamera utama terdiri daripada 8MP ultra-lebar, 50MP utama dan 50MP telefoto dengan OIS manakala kamera swafoto beresolusi 50MP. Peranti ini menggunakan bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.
1768388433066.png

Reno15
 
Oppo Reno15F pula hadir dengan skrin 6.57″ AMOLED FHD+ (2372 × 1080 piksel) berkadar segar semula 120Hz. Ia dijana cip Snapdragon 6 Gen 1 bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti juga dilengkapi bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Sistem kamera utama terdiri daripada 8MP ultra-lebar, 50MP utama dengan OIS dan 2MP makro manakala kamera swafoto beresolusi 50MP.


1768388467804.png

Reno15F

Untuk harga, Reno15 Pro dijual pada RM2999 (12+512GB). Seterusnya, model Reno15 ditawarkan pada harga RM1,999 (12+256GB) dan RM2,399 (12+512GB). Sementara itu, Reno15F boleh didapati bermula RM1499 (12+256GB) dan RM1599 (12+512GB). Kesemua model kini sudah sedia untuk dipratempah dengan tawaran hadiah menarik. Pembelian Reno15 Pro dan Reno15 turut membolehkan pelanggan menambah sebanyak RM99 untuk mendapatkan seutas Oppo Watch S yang harga asalnya RM799.​
 
Back
Top
Log in Register