BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kehadiran Xiaomi 17 Ultra Di Sahkan Secara Rasmi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Kemaskini baharu daripada Xiaomi telah mengesahkan kehadiran rasmi varian Ultra dalam siri 17. Model ini dijangka menjadi versi paling premium dalam barisan tersebut dengan penawaran perkakasan lebih berkuasa serta ciri yang lebih canggih. Peranti tersebut turut disahkan akan dilancarkan pada bulan ini walaupun tarikh khusus masih belum diumumkan. Namun, sistem kamera Xiaomi 17 Ultra akan hadir dengan teknologi Leica serta lensa yang telah dinaik-taraf. Lebih istimewa, ia menawarkan sistem optik generasi baharu bersama lensa telefoto yang diperakui Leica APO yang menjadikannya antara terawal digunakan dalam pengimejan mudah alih.
1766144992766.png

Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan hasil imej telefoto malah turut membawa peningkatan besar terhadap prestasi kualiti imej khususnya dalam penggambaran pemandangan malam. Keupayaan optik baharu ini akan membuat penampilan sulung melalui model Xiaomi 17 Ultra.​
 
Xiaomi 17 Ultra Akan Di Lancarkan Pada 25 Disember 2025

Kemaskini terbaharu mengesahkan bahawa Xiaomi 17 Ultra akan dilancarkan di China pada 25 Disember 2025. Selain tarikh pelancaran, rekaan kemasan peranti turut diperlihatkan dalam beberapa pilihan warna tanpa perubahan signifikan dari segi reka bentuk keseluruhan. Namun demikian, Xiaomi 17 Ultra hadir dengan kemasan serba baharu ‘Starry Sky Green’ yang lebih menonjol melalui elemen seakan kerlipan bintang bersinar.
1766404886116.png

Ciri kemewahan itu ditambah dengan butang laras audio yang berlekuk pada bingkai peranti bagi memberikan cengkaman lebih selesa. Bonggol kamera dengan reka bentuk ringkas turut disertakan tanpa menjejaskan keselesaan penggunaan. Peranti ini menggunakan skrin rata 2D bersaiz besar yang disertai tubuh nipis dengan ketebalan hanya 8.29mm. Nantikan pelancaran rasminya untuk ketahui butiran penuh pada peranti ini.

Sumber asal https://www.weibo.com/xiaomikeji?layerid=5246608473064842
 
Xiaomi 17 Ultra Edisi Leica Turut Di Perkenalkan - Hadir Dengan Gelang Zum Mekanikal

Bersama-sama pengenalan Xiaomi 17 Ultra, sebuah telefon pintar edisi terhad turut diperkenalkan, iaitu Xiaomi 17 Ultra Edisi Leica. Versi ini hadir dengan beberapa perbezaan ketimbang versi Xiaomi 17 Ultra biasa. Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan dwi-tona gabungan kemasan kulit dan pusam (matte), serta menjadi telefon dengan kamera Leica pertama yang hadir dengan logo ikonik pada bahagian belakang.​

1767090170197.png

Selain itu, ia turut menyertakan mod rakaman tambahan, termasuk pilihan “Leica M9 Style” dan juga “Leica M3 Style” – sekaligus memberikan hasil rakaman selari kamera Leica lagenda. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sebuah gelang zum mekanikal fizikal pada bahagian belakang, membolehkan anda menyesuaikan rakaman zum dan lain-lain dengan menggerakkan gelang berkenaan. Di China, Xiaomi menawarkan Xiaomi 17 Ultra Edisi Leica ini pada harga 8999 Yuan (sekitar RM5170), yang hadir bersama 16GB memori dan 1TB storan.​
 
Xiaomi 17 Ultra Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Leica, Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 6800mAh

Xiaomi kini telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, iaitu Xiaomi 17 Ultra. Buat masa ini, telefon mercu ini diperkenalkan untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dipasarkan pada peringkat global. Xiaomi 17 Ultra hadir dengan skrin 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar kecerahan mencapai 3500nits. Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, pilihan memori sehingga 16GB LPDDR5x RAM, dan storan sehingga 1TB UFS 4.1.
1767090262476.png

Pada bahagian kamera, ia menyertakan tiri-kamera berjenama Leica, iaitu kamera utama 50-megapixel dengan sensor 1-inci Light Fusion 1050L, dipadankan dengan 50 megapixel ultra-lebar Leica, dan juga kamera 200-megapixel telefoto. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera swafoto 50-megapixel di hadapan. Telefon ini menggunakan bateri 6800mAh dengan sokongan pengecasan 90W. Pada sistem operasi, ia menjalankan HyperOS 3.0, dan turut menyertakan sejumlah ciri berasaskan kecerdasan buatan. Buat masa ini, Xiaomi hanya mengumumkan peranti ini di China sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut penawarannya untuk pasaran global atau Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.​
 
Back
Top
Log in Register