BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Pengenalan Vivo V60 Mula Di Acah Secara Rasmi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Siri vivo V dikenali sebagai pilihan ideal untuk fotografi portrait terutama bagi mereka yang ingin merasai kehebatan sistem kamera ZEISS pada peranti kelas pertengahan. Ia menawarkan alternatif kepada siri X dengan harga lebih berpatutan. Terbaru, model V60 mula diacah secara rasmi menerusi laman pengiklanan baharu. Walaupun tarikh masih dirahsiakan, penampilan awal memberi petunjuk bahawa pelancaran mungkin tiba lebih awal daripada dijangka. Ia masih mengekalkan tubuh melengkung yang turut meminjam elemen daripada model X200 FE khususnya modul kamera bujur dengan satu lensa berasingan.
1754412556995.png

Tiga warna disediakan termasuk Auspicious Gold, Moonlit Blue dan Mist Gray dengan masing-masing tampil unik dalam kelasnya. Kamera ZEISS juga dikekalkan dalam peranti menandakan kesinambungan kepada prestasi tangkapan portrait yang baik. Lebih menarik, peranti dijangka menyokong kemampuan zum sehingga 100X seiring dengan trend industri telefon pintar semasa.

Meskipun hadir dalam tubuh yang nipis, peranti ini dimuatkan dengan bateri 6500mAh. Dengan ini, ia dijangka boleh menawarkan fungsi yang seimbang diantara prestasi serta gaya secara menyeluruh.​
 
Last edited:
Vivo V60 Bakal Di Perlihat Semasa KL Fashion Week 2025

vivo Malaysia bakal melancarkan siri baharu vivo V60 yang tampil lebih bergaya dan berani, dengan penampilan sulung eksklusif di KL Fashion Week 2025 melalui kolaborasi bersama pereka avant-garde terkenal, Kit Woo. vivo V60 mengetengahkan rekaan moden dengan pilihan warna menarik seperti Berry Purple, Mist Gray dan Summer Blue, yang mencerminkan ekspresi peribadi. Reka bentuknya menampilkan bezel ultra nipis, skrin lengkung 3D, dan lengkungan emas 41° untuk pengalaman visual dan sentuhan yang mengasyikkan. Reka bentuk ergonomik memastikan keselesaan maksimum dalam penggunaan harian, manakala kolaborasi dengan Kit Woo memperlihatkan gabungan teknologi inovatif dan fesyen eksperimental, membuka lembaran baharu dalam ekspresi diri menerusi teknologi dan rekaan.​
 
Back
Top
Log in Register