BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Samsung Galaxy A17 5G - Telefon Bajet Dengan Gemini Live & Samsung Wallet Yang Buat Hidup Lebih Mudah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Setiap kali pergi bercuti atau meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, mesti kita nak abadikan momen dengan gambar yang cantik. Tapi realitinya bila tengok balik gambar, pose nampak kaku, bosan dan tidak membantu langsung. Bukan semua orang photogenic dan itu antara punca ramai rasa kurang yakin nak bergambar. Kini tidak perlu risau lagi. Samsung Galaxy A17 5G hadir dengan ciri yang semakin menjadi kegilaan pengguna muda iaitu Gemini Live, teknologi pintar yang membantu anda mendapatkan idea pose dan tangkapan gambar lebih menarik pada bila-bila masa.
1766060821544.png
 

Gemini Live – Gaya Dalam Gambar Lebih Cantik

Ramai yang masih belum tahu kehebatan Gemini Live. Walaupun nampak seperti fungsi kecil, sebenarnya ia sangat membantu dalam kehidupan seharian, terutama bila nak bergambar. Caranya sangat mudah:
  1. Tekan lama butang kuasa pada Galaxy A17.
  2. Buka Gemini Live.
  3. Tekan ikon kamera.
  4. Halakan kamera ke lokasi anda.
  5. Sebut saja: “Cadangkan satu pose menarik untuk ambil gambar.”
1766060873019.png
Tidak kisah anda pakai pakaian apa, atau ambil gambar dari sudut manapun, Gemini Live akan cadangkan pose yang sesuai dan nampak natural. Seperti anda mempunyai jurugambar peribadi 24/7. Nak cuba sendiri? Buka kamera dan sebut je, “Bagi satu pose”. Mudahkan?​
 

Samsung Wallet – Bayar Dan Dapat Mata Ganjaran

Selain Gemini Live, satu lagi tarikan besar Galaxy A17 ialah Samsung Wallet. Ramai tidak sangka, Samsung Wallet bukan hanya untuk pusat beli-belah atau pasar raya sahaja. Bahkan di kedai kecil seperti kedai nasi berlauk pun, anda masih boleh membuat pembayaran tanpa tunai menggunakan ciri Samsung Pay. Anda juga tidak perlu risau kerana banyak kad bank boleh di pautkan ke dalam Samsung Wallet untuk tujuan pembayaran seperti RHB, Maybank malah kad WISE juga boleh di pautkan. Lebih menarik:​
  • Setiap transaksi membolehkan anda kumpul mata ganjaran.​
  • Mata tersebut boleh ditebus dalam bentuk baucer di beberapa kedai terpilih seperti Boost Juice, Shopee dan GSC.​
  • Kumpul 2,000 mata dalam sebulan dan anda boleh tebus RM60 di Samsung Online Store.​
1766060956970.png
 

Samsung Galaxy A17 5G – Telefon Harian Yang Serba Lengkap

Galaxy A17 5G bukan sekadar cantik dan nipis, tetapi juga selesa dalam tangan. Ia bukan hanya ada Gemini Live dan Samsung Wallet. Selain itu, ia juga dilengkapi kamera yang mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Paling penting, Samsung menawarkan 6 tahun sokongan Android dan keselamatan, menjadikannya salah satu pilihan paling tahan lama dalam kelasnya. Dengan harga yang mesra bajet, ciri moden dan sokongan jangka panjang, Galaxy A17 5G benar-benar memberikan nilai yang sukar ditandingi. Kalau anda nak telefon yang boleh membantu dalam tugas harian anda daripada bergambar atau membuat pembayaran Samsung Galaxy A17 5G memang wajib dicuba. Dapatkan pengalaman Galaxy pada harga yang mampu milik hari ini.
1766060996302.png
 
Back
Top
Log in Register