BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Samsung Galaxy S25 Mungkin Akan Hadir Dengan Google Gemini Advanced Percuma

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Bulan Ogos lepas, Google Pixel 9 dilancarkan di Malaysia buat kali pertama. Harga jualannya agak tinggi, tetapi Google memberikan langganan setahun Google One AI Premium secara percuma yang bernilai RM1,175.88 (RM97.99 sebulan). Akan datang dikhabarkan satu lagi siri peranti mercu memberikan langganan ini percuma kepada pelanggan mereka.

Galaxy-AI-Note-Assist-Summarise-01-scaled.jpg.webp


Menurut laporan Android Authority yang menemui kod di dalam aplikasi Google versi 15.52.37 beta, peranti Samsung baharu akan menawarkan langganan setahun Google One AI Premium. Ia dijangkakan adalah untuk siri Galaxy S25 yang mungkin bakal dilancarkan pada 22 Januari nanti. Menariknya, tidak semua Galaxy S25 akan menerima tawaran yang sama.

Google-Pixel-9-Pro-XL-P.jpg.webp


Berdasarkan kod yang ditemui, langganan setahun mungkin terhad kepada Galaxy S25 Ultra. Sementara Galaxy S25+ hanya 6 bulan dan Galaxy S25 pula terhad kepada 3 bulan. Buat masa ini masih tidak jelas jika ini terhad kepada negara terpilih atau untuk semua, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tidak lama lagi.

Sumber asal https://www.androidauthority.com/samsung-galaxy-s25-series-free-gemini-advanced-3511917/
 
Last edited:
Imej Pengolokan Samsung Galaxy S25 Slim Tertiris

Siri Samsung Galaxy S25 akan dilancarkan pada 23 Januari ini dengan ia dijangka menawarkan penambahbaikan yang dinantikan peminat peranti mercu Samsung. Antara peranti yang dipercayai akan dilancarkan sekali ialah Samsung Galaxy S25 Slim dan pagi ini imej pengolokannya tertiris menerusi laman SmartPrix.

Samsung-Galaxy_S25_Slim_SmartPrix-1-950x535.jpg.webp


Ia menunjukkan peranti dengan sisi rata yang sama sahaja dengan S25 Ultra, S25+ dan S25 yang juga telah tertiris sebelum ini. Tidak jelas kelihatan tetapi S25 Slim hanya setebal 6.4mm yang adalah 1.2mm lebih nipis berbanding sebuah S24. Pengenalan model Slim dipercayai dilakukan kerana wujud ura-ura iPhone 17 Air akan dilancarkan tahun ini juga dengan rekaan lebih nipis berbanding iPhone biasa.

Dapat dilihat S25 Slim hanya dilengkapi tiga kamera di belakang berbanding siri Ultra yang dilengkapi empat kamera. Namun begitu SmartPrix mengatakan kamera yang digunakan terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP yang lebih besar saiznya berbanding S24+. Misteri mengenai peranti ini akan terjawab dalam masa 7 hari sahaja lagi.​
 
Siri Samsung Galaxy S25 Kini Memaparkan Status Kesihatan Bateri

Apple memperkenalkan ciri Battery Health sejak 2,518 hari lalu melalui iOS 11.3. Ia sehingga hari ini telah menjadi perkara penting bagi majoriti pengguna iPhone di Malaysia, sehingga ia menjadi penentu nilai harga terpakai di pasaran. Ciri yang sama telah pun diuji pada peranti Android sejak tahun 2022, namun implementasi yang dilakukan tidak cukup menarik. Adakah paparan status kesihatan bateri pada Samsung Galaxy S25 ini akan mengubahnya?

Samsung-Galaxy-S25-Kesihatan-bateri-01.jpg.webp


Ya, menurut SamMobile, beberapa peranti Samsung Galaxy S25 dilihat dapat memaparkan butiran tambahan mengenai bateri peranti. Kebiasaannya, ia hanya memaparkan Battery status, Battery sevel dan Battery capacity. Peranti yang bertuah ini dilihat dapat memaparkan butiran Battery health (percentage), Battery cycle count, Battery manufacturing date dan Battery’s first used date.

Ciri ini sebenarnya sudah terbina pada peranti Android secara meluas sejak Android 14. Sementara banyak pengeluar peranti China telah menyertakan ciri lebih kurang sama sejak Android 13. Hanya dengan Android 15 baru Samsung dilihat mengaktifkan ciri ini pada One UI 7. Sayang sekali masih tidak jelas, kemas kini peranti untuk negara mana atau unit mana yang dapat memaparkan ciri ini.

Adakah paparan status kesihatan bateri pada Samsung Galaxy S25 akan menentukan harga jualan terpakai di pasaran sama seperti iPhone? Siapa yang akan menentukannya, pengguna atau penjual?

Sumber asal https://www.sammobile.com/news/galaxy-s25-battery-health-charge-cycle-count/
 
Pandang Pertama Samsung Galaxy S25+, Reka Bentuk Kemas Dengan Prestasi Pantas!

Bulan lalu telah menyaksikan Samsung melancarkan tiga model penuh gaya dan inovasi menerusi siri Galaxy-S iaitu S25, S25+ dan juga S25 Ultra. Ketiga-tiga model ini hadir kelebihan masing-masing dalam menawarkan lebih banyak pilihan buat para pengguna dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar. Model yang dilancarkan pada kali ini berjaya membuatkan orang ramai lebih teruja untuk mendapatkannya menerusi penawaran harga yang kompetitif berdasarkan inovasi yang ditawarkan. Ttidak melepaskan peluang dalam mencuba model terbaru Samsung ini iaitu Galaxy S25+ bagi mengetahui lebih lanjut sejauh manakah model terbaru Samsung ini sesuai digunakan sebagai kegunaan seharian. Berikut merupakan ulasan ringkas kami mengenai model ini.

Rekaan Samsung Galaxy S25+

DSC07051-1050x591.jpg


Samsung pada kali ini meneruskan trend yang seperti model-model sebelumnya dengan menggunakan kotak hitam dengan reakaan yang minimal. Galaxy S25+ mengekalkan estetika premium dengan bingkai aluminium dan panel belakang kaca Gorilla Glass Victus 2. Paparan 6.7-inci QHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz menawarkan visual yang tajam dan warna yang menyerlah. Dari segi warna, Samsung sekali lagi memilih untuk menawarkan warna-warna pastel pada model keluarannya. Model Icy Blue yang kami gunakan berjaya membuatkan model ini tampak eksklusif di samping mengekalkan rekaan yang minimal. Samsung Galaxy S25+ masih lagi mengekalkan reka bentuk yang ergonomik dan berat 190g menjadikannya selesa dipegang untuk kegunaan harian. Selain itu, para pengguna juga turut menerima wayar pengecasan fast charging yang dibekalkan pihak Samsung.

Di lengkapi dengan spesifikasi seakan telefon pintar flagship

DSC07063-1050x591.jpg


Menariknya dengan siri S25 pada kali ini, ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaik daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 8 Elite beserta RAM 12GB. Dalam erti kata lain, sama ada anda mendapatkan model S25,S25+ atau S25 Ultra, anda bakal menikmati prestasi yang sama dan terbaik. Terdapat dua pilihan storan yang tersedia buat Samsung Galaxy S25+ iaitu 256GB dan 512GB.

Kamera Samsung Galaxy S25+

DSC07028-1050x591.jpg


Sistem kamera belakang terdiri daripada lensa utama 50MP, lensa telefoto 10MP dengan zoom 3x, dan lensa ultralebar 12MP. Kamera ini mampu merakam video 8K pada 24/30 fps dan 4K pada 30/60 fps, memastikan kualiti imej dan video yang mengagumkan.

Ciri-ciri Pintar dan AI

DSC07064-1050x591.jpg


Samsung memperkenalkan ciri-ciri AI baharu seperti ‘Now Brief’ yang memberikan ringkasan harian pengguna dan ‘Gemini Live’ yang membolehkan interaksi bahasa semula jadi dengan peranti. Integrasi AI ini menjadikan pengalaman pengguna lebih intuitif dan peribadi.

Bateri dan Pengecasan

DSC07059-1050x591.jpg


Menawarkan bateri 4,900mAh, Galaxy S25+ menawarkan daya tahan bateri yang baik untuk penggunaan seharian. Ciri pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar memastikan peranti sentiasa bersedia untuk digunakan.

Kesimpulan Awal

DSC07056-1050x591.jpg


Galaxy S25+ menunjukkan bahawa Samsung terus mengutamakan inovasi dan kualiti. Menerusi reka bentuk premium, prestasi tinggi, dan integrasi AI yang canggih, peranti ini berpotensi menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari telefon pintar unggul. Dari segi harga, Samsung Galaxy S25+ mulai ditawarkan dengan ruang storan 256GB dan 512GB masing-masing hadir dengan harga RM4,999 dan RM5,999.
 
Siri Samsung Galaxy S25 Menggunakan RAM & Storan Oleh Micron

Selama beberapa tahun, Samsung akan menggunakan memori dan storan tersendiri untuk peranti mercu mereka. Mereka akan melakukan tempahan kepada Samsung Semiconductor, tetapi untuk siri Galaxy S25 buat kali pertama mereka menggunakan komponen pihak ketiga.

GkPI7IgXYAARf64.jpg.webp


Dalam perkongsian Micron, mereka berkongsi yang Samsung Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra menggunakan RAM LPDDR5X serta storan UFS 4.0 mereka. RAM keluaran Micron mempunyai 10% penggunaan tenaga lebih baik, sementara storan pula adalah yang terpantas dengan kelajuan menulis dan membaca 4000 MBps/4300 MBps.

Tambahan Micron, memori dan storan yang digunakan oleh siri Galaxy S25 ini direka untuk kurang menggunakan kuasa agar boleh memproses ciri kecerdasan buatan pada kadar yang lebih efisien dan pantas. Kedua-dua komponen ini dihasilkan dengan rekaan dan teknologi 1β (1-beta) yang turut menjamin ketahanan bateri peranti berpanjangan.

Sumber asal https://investors.micron.com/news-r...le-solutions-samsung-galaxy-s25-series-raises
 
Siri Samsung Galaxy S25 Edisi Perindustrian Menerima 8 Versi Android

Samsung mengikut langkah Google dengan menawarkan sokongan kemas kini 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti bermula dengan siri Galaxy S24. Kini Samsung menawarkan kemas kini 8 versi Android an 8 tahun tampalan sekuriti pula pada Galaxy S25 Enterprise Edition, Galaxy 25+ Enterprise Edition dan Galaxy S25 Ultra Enterprise Edition.

Samsung-Galaxy-S25-Enterprise-edition-8-tahun-2-950x532.jpg.webp


Enterprise Edition ialah peranti yang hanya ditawarkan kepada pelanggan Industri. Selain sokongan kemas kini yang setahun lebih lama, peranti edisi ini juga hadir dengan perisian yang memudahkan kesemua peranti milik syarikat dikawal oleh jabatan IT. Ciri Galaxy AI boleh diaktifkan dan dihalang oleh pengurus secara setempat. Dalam kalangan pengeluar peranti Android, Fair Phone memberikan sokongan perisian paling lama iaitu sehingga 10 tahun. Ini kerana Fair Phone ingin menyelesaikan isu sampah elektronik apabila sokongan perisian dihentikan oleh pengeluar.​
 
Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S25 Edge Tertiris - Snapdragon 8 Elite & Senipis 5.85mm

Samsung Galaxy S25 Edge telah diacah oleh Samsung sejak Januari lalu. Ia akan menjadi peranti paling nipis dalam siri Galaxy S25 yang dilancarkan tahun ini. Hari ini imej pengolokan rasmi dan juga spesifikasi penuh S25 Edge telah tertiris sepenuhnya ke arena web menerusi laman WinFuture.

Peranti akan dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120 Hertz, dijana cip Snapdragon 8 Elite, memori sebesar 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri pula sebesar 3900 mAh dengan pengecasan berwayar 45W.

Samsung-Galaxy-S25-Edge-A-950x950.jpg.webp


Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP f/1.7 dan lensa ultra lebar 12MP f/2.2. Ini berbeza dengan siri Galaxy S25 lain yang dilengkapi tri-kamera di belakang. Di hadapan pula kamera 12MP diletakkan dalam lubang skrin.

Terdapat pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin bersama dengan kemampuan kalis air serta debu IP68. Tubuh peranti hanya setebal 5.85mm yang adalah 20% lebih nipis berbanding Galaxy S25+ yang setebal 7.3mm. Di Eropah harga jualan Samsung Galaxy S25 Edge bermula €1249 (~RM 6112) untuk model 12/256 GB dan €1369 (~RM 6700) untuk model 12/512 GB dalam pilihan warna Titanium Jetblack, Titanium Icyblue and Titanium Silver.​
 
Samsung Di Katakan Beri Bayangan Awal Pelancaran Model Galaxy S25 FE

Samsung dilaporkan memberi bayangan awal mengenai pelancaran Galaxy S25 FE yang dijangka tiba antara Ogos atau awal September 2025. Ini menjadikannya lebih awal berbanding sebelum ini yang dilancarkan pada hujung September. Ia turut dilihat sebagai strategi Samsung dalam mengekalkan momentum jualan siri Galaxy S25 menerusi promosi bermusim, dan penawaran awal bagi versi FE. Setakat ini, spesifikasi peranti masih belum didedahkan secara rasmi.

Dalam perkembangan yang sama, Samsung turut dilaporkan merancang pengenalan beberapa peranti berprestasi tinggi lain menjelang pada H2 2025. Antaranya termasuk telefon tiga lipat mungkin dikenali sebagai Galaxy Z Trifold serta set kepala realiti terimbuh Project Moohan XR yang telah lama dinantikan. Kedua-duanya dijangka menjadi sebahagian daripada barisan produk menarik yang boleh mengukuhkan kedudukan mereka dalam segmen teknologi. Selain itu, Samsung juga memberi bayangan mengenai pelancaran model asas baharu dalam siri Galaxy A termasuk Galaxy A17, di samping tablet Galaxy Tab S11 baharu yang dijangka menawarkan spesifikasi lebih canggih untuk kegunaan produktiviti.

Sumber asal https://www.androidauthority.com/samsung-galaxy-s25-fe-launch-q2-2025-results-3582736/
 
Back
Top
Log in Register