BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Realme GT 8 & GT 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Spesifikasi Berbeza

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Realme ialah sebuah jenama peranti yang cukup popular untuk pasaran tempatan, dimana ia tampil dengan pelbagai jenis model yang bersesuaian dengan kehendak pelbagai jenis pengguna. Terkini, ia telah dikatakan bahawa peranti kelas mercu akan datang jenama tersebut mungkin akan diperkenalkan pada bulan Oktober ini.

Realme GT 8 dan Realme GT 8 Pro dijangka akan hadir dengan spesifikasi peranti kelas mercu, tetapi dengan sejumlah perbezaan yang dikatakan agak ketara. Digital Chat Station di Weibo mengatakan bahawa peranti tersebut akan diperkenalkan tidak lama selepas pengumuman berkenaan cip pemprosesan peranti kelas mercu terbaru Qualcomm, iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Elite 2.

Realme-GT7-Dream-Edition-7-1-950x534.jpg


Realme GT 8 Pro dikatakan akan dikuasakan oleh cip pemprosesan tersebut, dan juga akan tampil dengan sistem kamera periskop 200MP, berkemungkinan juga dengan paparan skrin OLED dan bateri sebesar 7000mAH.

Untuk Realme GT 8 pula, Digital Chat Station mengatakan bahawa peranti ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite ataupun MediaTek Dimensity 9000, cip pemprosesan kelas mercu generasi ini. Mengikut apa yang diketahui mengenai Snapdragon 8 Elite 2 setakat ini, perbezaan terbesar mungkin diperlihatkan pada bahagian grafik.

Seperti yang dikatakan, kedua-dua peranti ini dijangka akan dilancarkan pada masa yang sama pada bulan Oktober ini. Setakat ini ia tidak diketahui lagi jika Realme akan membuat kolaborasi dengan jenama kereta lumba untuk model ini, seperti apa yang dibuat dengan Aston Martin untuk edisi khas Realme GT 7 Dream Edition.

Sumber asal https://m.weibo.cn/detail/5191955080547619
 
Realme GT 8 Pro Aston Martin F1 Edition Kini Di Lancarkan Secara Rasmi Di China

Realme GT 8 Pro Aston Martin F1 Edition
kini rasmi di China dengan penawaran eksklusif berinspirasikan Formula 1. Hasil kerjasama antara realme dan pasukan Aston Martin F1, peranti menampilkan reka bentuk Racing Lime yang menyerlah, tekstur gentian karbon serta logo perak ikonik. Panel belakang pula direka dengan lengkungan ergonomik bagi memastikan keselesaan genggaman sepenuhnya. Model edisi khas ini hadir dalam satu konfigurasi sahaja iaitu 16GB RAM dan storan 1TB. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan pemproses paparan R1 bagi menjamin prestasi lancar serta pengurusan haba lebih cekap. Paparan AMOLED 2K 6.79″ menyokong kadar segar semula 144Hz manakala tahap kecerahan mencecah 7,000 nits untuk paparan yang lebih terang.
1763014084220.png

1763014102647.png

Bateri 7000mAh menyokong pengecasan pantas 120W berwayar serta nirwayar 50W. Sistem kamera peranti menggabungkan sensor utama 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto periskop 200MP dengan kerjasama Ricoh GR. Ciri tambahan lain merangkumi antaramuka bertema F1 yang menampilkan ikon eksklusif, animasi pengecasan, kertas dinding (wallpaper) bergerak dan tera air (watermark) kamera khas. Kotak edisi koleksi turut disertakan dengan pin F1 khas, kerangka telefon boleh diubahsuai dan model kereta lumba mini dengan harga jualan pada 5499 Yuan (~RM3,216). Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada model ini akan memasuki pasaran Malaysia. Namun sebelum ini, Realme GT7 juga pernah ditawarkan dalam edisi khas seumpamanya.​
 
Back
Top
Log in Register