BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Samsung Di Laporkan Menangguhkan Pembangunan Galaxy Edge 2

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Samsung pada tahun ini telah memperkenalkan Galaxy S25 Edge, iaitu telefon pintar dengan rekaan nipis, dan ditawarkan secara terhad dibeberapa buah pasaran. Telefon pintar berkenaan hadir dengan ketebalan hanya sekitar 5.8mm. Rekaan nipis ini turut membuatkan kapasiti bateri yang hadir adalah kecil, iaitu sekitar 3900mAh sahaja. Pengenalan telefon pintar nipis ini dilihat tidak menerima permintaan tinggi seperti model lain, dan perkara ini dilihat membuatkan Samsung menangguhkan pengenalan kemaskini untuknya.
1767093345870.png

Mengikut laporan terbaru dari Korea Selatan, ia dikatakan Samsung menangguhkan pembangunan telefon dengan rekaan nipis Galaxy Edge 2, sebaliknya akan lebih memfokuskan kepada model telefon dengan prestasi tinggi. Perkara ini juga dilihat selari dengan permintaan iPhone Air yang agak rendah berbanding model lain. Berkemungkinan pengguna tidak mengemari peranti dengan rekaan nipis, tetapi inginkan peranti dengan kuasa pemprosesan lebih berkuasa, serta masa bertahan lebih lama.​
 
Back
Top
Log in Register