BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News IPhone 2027 Di Laporkan Bakal Sorok Kamera Hadapan Di Bawah Skrin

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Peminat iPhone yang bercita-cita melihat iPhone mereka dengan skrin penuh tanpa takuk akhirnya bakal tercapai. Ini selepas timbul khabar angin bahawa Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone dengan rekaan skrin penuh sepenuhnya menjelang tahun 2027. Ia berdasarkan dakwaan oleh Digital Chat Station yang mendakwa model iPhone itu akan menyembunyikan kamera hadapan dan sistem Face ID di bawah skrin, sekaligus menghapuskan takuk atau lubang kamera hadapan peranti tersebut.
1763014954195.png

Langkah ini dijangka bermula dengan iPhone 18 pada 2026 yang menggunakan rekaan lubang kamera dan panel belakang lutsinar. Untuk model 2027, Apple mungkin menukar nama kepada iPhone 20 bagi meraikan detik bersejarah ini. Walau bagaimanapun, penganalisis industri Ross Young menjangkakan rekaan skrin penuh sebenar hanya akan tiba pada 2030 nanti yang akan melalui fasa pembangunan secara berperingkat.​
 
Back
Top
Log in Register