BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Redmi Pad 2 Di Lancarkan Dengan Skrin 11″ – Bakal Tiba Ke Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Redmi Pad 2 telah dilancarkan secara rasminya di Filipina hari ini. Tablet Android ini dilengkapi skrin 11″ IPS LCD 90Hz dengan resolusi 2.5K yang dipadankan dengan cip Helio G100, memori sehingga 8GB RAM, storanm sehingga 256GB dan bateri sebesar 9000 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Redmi-Pad-2-A-950x534.jpg.webp


Kamera terdiri daripada lensa sudut lebar 8MP di belakang dan kamera swafoto 5MP di hadapan. Peranti dilengkapi sistem audio Dolby Atmos dengan empat speaker, bicu audio dan menggunakan sistem operasi HyperOS 2.0. Turut disertakan ialah stylus Redmi Smart Pen untuk lakaran terus pada skrin. Jelas sekali ini ialah sebuah tablet mampu milik bagi mereka yang tidak mahu berbelanja lebih.

Redmi-Pad-2-B-950x414.jpg.webp


Di FIilipina ia akan dijual pada harga Php 11,999 (~RM 916) untuk model 6/128GB dan Php 13,999 (~RM 1068) untuk model 8/256GB dalam pilihan warna hitam dan biru. Redmi Malaysia sudahpun mengesahkan tablet ini akan ke pasaran tempatan namun tarikh belum diumumkan.​
 
dahrasmi lancar
best jugak buat tgk movie

amanz.my/2025521264
 
Back
Top
Log in Register