BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Honor Magic V5 Bakal Di Lancarkan Di Malaysia Pada 15 Julai 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Honor secara rasmi mengesahkan bahawa telefon boleh lipat terbaharunya Magic V5 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Julai 2025. Menarik perhatian ramai, peranti ini tampil dengan reka bentuk nipis hanya 8.8mm apabila dibuka yang diumpamakan seperti sekeping syiling 50 sen atau tiga kad bank. Ia sekali gus menjadikannya antara telefon boleh lipat paling nipis dan mesra pengguna pernah diperkenalkan.

Walaupun hadir dengan rekaan yang ultra nipis, Magic V5 dilengkapi bateri besar 5820mAh berasaskan karbon silikon. Ia menyokong pengecasan pantas 66W serta nirwayar 55W yang digabungkan dengan cip Honor E2 bagi memastikan kecekapan tenaga yang optimum. Sistem kameranya turut dipertingkat melalui sensor telefoto 64MP yang menyokong zum digital sehingga 100X.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi AI Imaging seperti AI Super Zoom, dan AI Enchanced Portrait untuk pengalaman lebih baik. Untuk suntingan pasca rakaman pula, peranti juga menyediakan pelbagai pilihan ciri AI Editing seperti AI Cutout, AI Eraser, AI Outpainting, dan AI Upscale bagi menghasilkan foto lebih menarik.

Untuk katahanan lebih baik, Magic V5 dilengkapi paparan yang dilapisi Honor Anti-scratch NanoCrystal Shield, manakala panel belakangnya menggunakan gentian khas industri aeroangkasa berasaskan carbon fiber. Ia turut melepasi piawaian IP58 untuk kalis air dan IP59 bagi perlindungan terhadap habuk serta percikan air. Untuk maklumat lanjut termasuk harga rasmi, nantikan pelancaran Honor Magic V5 pada 15 Julai 2025.​
 
Last edited:
Honor Magic V5 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM6999

Honor
secara rasmi melancarkan Magic V5 untuk pasaran Malaysia. Peranti ini hadir dengan spesifikasi kelas mercu dengan fokus utama pada reka bentuk peranti lipat yang nipis dan ringan. Ia juga lebih nipis berbanding model sebelum iaitu Magic V3 bagi memberi pengalaman penggunaan yang lebih mudah.

Magic V5 hadir dengan ketebalan 8.8mm apabila dilipat dan 4.1mm apabila dibuka sepenuhnya. Ketebalan ini turut berbeza mengikut varian warna iaitu 8.8mm (dilipat) untuk Ivory White manakala Dawn Gold, Silk Brown dan Black masing-masing mempunyai ketebalan 4.2mm (dibuka) dan 9mm (dilipat). Berat peranti juga sedikit berbeza dengan 217g untuk Ivory White dan 222g bagi tiga varian warna yang lain. Selain itu, Magic V5 dilengkapi dengan penarafan IP58 dan IP59 sebagai perlindungan terhadap kemasukan air dan habuk.

Magic V5 menawarkan dua skrin OLED iaitu skrin utama bersaiz 7.95 inci dengan resolusi 2352 x 2172 piksel di bahagian dalam manakala skrin luarnya berukuran 6.43 inci dengan resolusi 2376 x 1060 piksel. Kedua-dua paparan menyokong kadar segar semula 120Hz (LTPO) dan kecerahan maksimum 5000 nits. Paparan ini juga menyokong penggunaan stylus serta dilindungi oleh HONOR Super Armored Inner Screen dan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield untuk ketahanan tambahan.

Peranti turut dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite dengan padanan memori 16GB RAM dan storan 512GB. Magic V5 menjalankan sistem operasi MagicOS 9 yang berasaskan Android 15 dan dilengkapi sistem audio stereo bersama sokongan mikrofon HDR stereo 24-bit. Ia juga menyokong ciri AI Privacy Call bagi menjamin panggilan peribadi yang lebih jelas dan selamat.

Antara ciri pintar yang ditawarkan termasuk Gemini Assistant, Gemini Live Camera dan Screen Sharing, AI Writing Tools, AI Translate, AI Call Translation, Magic Portal serta AI Deepfake Detection. Ciri tambahan seperti Three Split Screen, Parallel Space dan Magic Capsule turut tersedia bagi meningkatkan kecekapan serta kemudahan penggunaan. Peranti juga dilengkapi cip RF HONOR C1+ yang membolehkan pemindahan fail antara peranti Android dan iOS termasuk iPhone serta Mac dengan lebih lancar.

Ia dilengkapi sistem kamera belakang 50MP (f/1.6) dengan OIS, telefoto periskop 64MP (f/2.5), dan ultra lebar 50MP (f/2.0). Sistem pengimejan AI menyokong ciri pintar seperti AI Enhanced Portrait, AI Super Zoom dan AI Motion Sensing Capture untuk hasil visual lebih jelas. Untuk suntingan imej dan video, peranti ini menawarkan AI Editor dengan fungsi seperti AI Image to Video, AI Outpainting, AI Eraser, AI Upscale, AI Cutout dan Live Photo.

Peranti dibekalkan oleh bateri karbon silikon 5820mAh bersama cip HONOR E2 bagi menyokong kecekapan tenaga. Ia juga menyokong pengecasan pantas melalui Honor SuperCharge dengan kadar 66W berwayar dan 50W nirwayar. Magic V5 ditawarkan pada harga jualan RM6999 di Malaysia. Pratempahan telah dibuka bersama hadiah menarik untuk pelanggan yang membuat tempahan awal.​
 
Last edited:
1752582383002.png

1752582392541.png

1752582404757.png
 
Honor Perkenalkan Perlindungan Skrin Retak & Jaminan Kualiti Eksklusif Untuk Magic V5

Honor memperkenalkan polisi servis baharu untuk pengguna Magic V5 di Malaysia yang merangkumi perlindungan skrin retak selama setahun dan jaminan kualiti selama dua tahun. Di bawah inisiatif ini, pengguna boleh mendapatkan penggantian skrin secara percuma untuk kerosakan akibat jatuh, pelanggaran atau tekanan tidak disengajakan dengan bayaran upah serendah RM60.

Polisi perkhidmatan baharu ini mengetengahkan dua inisiatif utama iaitu Worry-Free 1-Year Crack Protection dan 2-Year Quality Assurance yang turut meliputi isu paparan seperti garisan hijau dan kebocoran air. Honor Magic V5 menjadi satu-satunya telefon boleh lipat di pasaran yang menawarkan pelindungan sedemikian untuk memberikan jaminan menyeluruh serta mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap kos baik pulih skrin yang tinggi.

Bagi meningkatkan sokongan penjualan, Honor turut melengkapkan 14 pusat servis di seluruh negara dengan kemudahan pembaikan skrin boleh lipat terus di lokasi. Langkah ini bertujuan mempercepatkan proses baik pulih dan mengurangkan tempoh menunggu agar setiap pengguna peranti boleh menikmati pengalaman servis lebih lancar dan diyakini.

Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, pengguna yang membuat pra-tempahan sehingga 24 Julai 2025 akan menerima hadiah bernilai RM3,497 termasuk Harman Kardon Onyx Studio 9 serta pelan perkhidmatan baharu ini.​
 
Last edited:
HONOR Magic V5 - Skrin Retak? Isu Garis Hijau? Semua Di Lindungi Secara Percuma!

Telefon boleh lipat
kini bukan lagi sekadar gimik teknologi. Ia sudah menjadi simbol kecanggihan bagi pengguna moden yang mengutamakan fungsi, gaya dan ketahanan. Tetapi, satu kebimbangan utama pengguna ialah penjagaan jangka masa panjang khususnya melibatkan kos tinggi penggantian skrin. HONOR menyelesaikan isu ini dengan memperkenalkan peranti terbaru mereka HONOR Magic V5 bersama jaminan eksklusif Worry-Free Warranty selama dua tahun.

Perlindungan Menyeluruh Tanpa Tekanan

HONOR memahami kebimbangan pengguna terhadap telefon boleh lipat. Dengan HONOR Magic V5, pengguna boleh menikmati perlindungan skrin yang menyeluruh dan praktikal. Dalam tempoh tahun pertama sekiranya skrin luar atau dalam retak, HONOR menawarkan penggantian sekali dengan hanya bayaran buruh RM60. Manakala dalam tempoh 2 tahun, jika berlaku sebarang masalah teknikal yang tidak disebabkan kecuaian pengguna termasuk isu garis hijau, penggantian skrin akan dilakukan secara percuma dan tanpa had. Jaminan ini menjadikan HONOR Magic V5 sebagai satu-satunya telefon lipat di pasaran yang bebas kerisauan dan berbaloi dimiliki khususnya buat golongan professional yang mahukan peranti lasak, bergaya dan terjamin dari segi servis selepas jualan.

Ketahanan Melebihi Jangkaan

Bermula dari material engsel sehinggalah kepada lapisan dalaman, setiap komponen direka dengan teliti untuk menahan tekanan penggunaan harian yang lasak. Engsel Super Steel pada HONOR Magic V5 telah melalui ujian lipatan sehingga 500,000 kali bersamaan lebih sedekad penggunaan. Skrin dalaman pula dilindungi oleh Inner Armoured Triple Protection yang menggunakan teknologi aluminium untuk menyerap hentakan dan mengurangkan risiko calar. Ditambah dengan NanoCrystal Shield, paparan ini menawarkan ketahanan berganda terhadap jatuh dan kesan calar.

Keupayaan kalis air dan habuk pada tahap IP58/59 memberikan perlindungan menyeluruh dalam pelbagai situasi. HONOR turut memperkenalkan sistem AI Particle Detection yang mampu mengesan habuk kecil sebelum ia merosakkan paparan skrin, lantas menjadikan HONOR Magic V5 pilihan tepat untuk golongan profesional yang menjalani gaya hidup sibuk sama ada ketika di pejabat atau dalam perjalanan.

Di sebalik reka bentuk lipat yang anggun, HONOR Magic V5 menawarkan prestasi mercu yang mantap. Dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite yang efisien, peranti ini mampu menyokong pelbagai aplikasi berat dengan lancar. Sistem kameranya terdiri daripada sensor utama 50MP dan telefoto 64MP dengan kebolehan zum sehingga 100 kali sesuai untuk pencipta kandungan yang mementingkan kualiti visual. Bateri berkapasiti 5820mAh pula menyokong pengecasan pantas sehingga 50% dalam masa hanya 16 minit bagi memastikan pengguna kekal produktif sepanjang hari.

Bagi memastikan jaminan terhadap pengalaman selepas jualan, HONOR menyediakan 14 pusat servis rasmi termasuk di Pavilion Embassy. Proses perkhidmatan adalah telus, pantas dan mesra pelanggan bagi memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa setiap pelaburan akan dilindungi dengan baik.

1754645623706.png
 
Back
Top
Log in Register