BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Oppo Reno 15 Akan Di Lancarkan Pada 10 November 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Oppo bakal melancarkan siri Reno buat kali kedua tahun ini dan kini mula mengacah kehadiran Reno 15 di pasaran China. Setakat ini, hanya sebuah video promosi pendek telah dimuat naik tanpa sebarang maklumat lanjut termasuk rekaan atau bilangan model yang akan ditawarkan. Walaupun begitu, Oppo dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model utama seperti tahun-tahun sebelumnya. Fokus siri ini dijangka masih tertumpu pada rekaan bergaya, keselesaan penggunaan dan sistem kamera yang menarik dalam kelas pertengahan.​

1762528700730.png

Dalam perkembangan berasingan, rekaan awal Reno 15 tularnya imej yang dikongsi oleh DCS meskipun kesahihannya masih belum dapat dipastikan. Berdasarkan imej tersebut, tiada perubahan ketara berbanding model terdahulu kecuali penambahan penjenamaan ‘Reno AI Camera’ pada modul kamera. Selain itu, imej tersebut turut memberi bayangan bahawa warna putih mungkin menjadi salah satu pilihan yang ditawarkan. Maklumat lanjut mengenai Reno 15 dijangka akan didedahkan dalam masa terdekat.​

Sumber asal https://weibo.com/oppo
 
Oppo Reno 15 & Reno 15 Pro Di Lancarkan Dengan Kamera 200MP

Oppo telah melancarkan telefon pertengahan premium terbaharunya iaitu siri Reno15 yang hadir dengan peningkatan pada kamera serta kapasiti bateri. Seperti kebiasaannya, dua model ditawarkan iaitu Oppo Reno15 dan Oppo Reno15 Pro dengan kemasan serba baharu bermotifkan reben yang comel. Oppo Reno15 hadir dengan skrin bersaiz 6.32 inci yang menawarkan resolusi 2640 × 1216 piksel, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 1800 nits. Peranti ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8450 bersama memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 3.1 manakala baterinya berkapasiti 6200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.


Sistem kamera pula terdiri daripada kamera utama 200MP sudut lebar dengan sokongan OIS, diikuti ultra-lebar 50MP serta telefoto 50MP yang masing-masing turut menyokong OIS. Sementara itu, Oppo Reno 15 Pro hadir dengan skrin berukuran 6.78 inci yang menawarkan resolusi 2772 × 1272 piksel serta kadar segar semula 120Hz. Peranti ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8450 bersama memori 16GB RAM dan storan dalaman 1TB manakala baterinya berkapasiti 6500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W. Untuk fotografi, ia menampilkan kamera sudut-lebar 200MP dengan OIS di samping ultra-lebar 50MP dan telefoto 50MP yang masing-masing turut menyokong OIS. Sistem kamera juga menyokong sehingga 3.5x zum optikal serta sehingga 120x zum digital.​
 
Back
Top
Log in Register