BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Honor X70 5G Di Lengkapi Bateri 8300mAh - Bakal Di Lancarkan Pada 15 Julai 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Trend penggunaan bateri berkapasiti tinggi semakin mendapat tempat dalam kalangan pengeluar peranti mudah alih termasuk Honor yang bakal memperkenalkan peranti baharu mereka X70 5G pada 15 Julai ini di China.
Honor-X70-Dilengkapi-Bateri-8300mAh-1.jpg.webp
Honor-X70-Dilengkapi-Bateri-8300mAh.jpg.webp

Peranti kelas pertengahan ini hadir dengan bateri silikon-karbon generasi ketiga berkapasiti 8300mAh menjadikannya yang pertama dalam kategori telefon pintar komersial. Bateri ini mengatasi model Honor Power yang dilancarkan pada April lalu serta dijangka menawarkan peningkatan dari segi ketahanan penggunaan harian. Honor X70 menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 80W, dan model dengan konfigurasi 12GB RAM dan storan dalaman 512GB turut dilengkapi sokongan pengecasan nirwayar. Walaupun dimuatkan dengan bateri berkapasiti tinggi, reka bentuk peranti masih mengekalkan binaan yang nipis.​
 
Honor X70 Kini Rasmi Dengan Bateri 8300mAh & Reka Bentuk Tahan Lasak

Honor X70
telah diperkenalkan secara rasmi di China dengan fokus utama terhadap rekaan yang tahan lasak serta bateri berkapasiti besar. Walaupun hanya setebal 7.76mm dan seberat 199 gram, peranti ini menempatkan bateri 8300mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan nirwayar 80W. Lebih menarik lagi, ia melepasi piawaian ketahanan IP66, IP68 dan IP69K boleh bertahan di dalam air, serta tahan semburan air bertekanan tinggi.

Honor-X70-Rasmi-3-950x535.jpg.webp


Honor X70 menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.79 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini turut menyokong gamut warna DCI-P3 100%, teknologi PWM Dimming 3840Hz, serta kecerahan maksimum sehingga 6000 nits. Dari segi prestasi, peranti ini dijana cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Honor-X70-Rasmi-2-950x710.jpg.webp


Sistem kamera pula menyertakan sensor utama 50MP (OIS, f/1.88) dan ultra lebar 8MP (f/2.0) manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 8MP. Ciri- ciri tambahan lain termasuklah sensor infra merah, pengimbas cap jari dalam skrin, pembesar suara stereo, NFC, WiFi 6 dan Bluetooth 5.3. Harga jualan peranti bermula RMB1399 (~RM828) di China.​
 
Gila betul
12+512+8300mah
RM828 je

Kalau market malaysia maintain harga ni, terduduk semua
 
Back
Top
Log in Register