BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Cip Snapdragon 8 Gen 5 Akan Di Lancarkan Pada 26 November 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Kemaskini terbaharu Qualcomm mengesahkan bahawa acara pelancaran cip baharu Snapdragon 8 Gen 5 akan berlangsung di China pada 26 November 2025. Sebelum ini, cip tersebut telah diacah sewaktu pelancaran di Hawaii dan kini Qualcomm bersedia memperkenalkan pemprosesan generasi baharunya kepada semua. Berdasarkan penamaannya, cip baharu ini dijangka hadir sebagai berkelas mercu dengan kuasa sedikit dikurangkan berbanding Snapdragon 8 Elite Gen 5. Ia juga berpotensi menjadi pengganti kepada siri 8s yang sebelum ini dilihat agak mengelirukan dari segi kedudukan dalam barisan cip Qualcomm.
1763573923247.png

Qualcomm sebelum ini mengesahkan bahawa Snapdragon 8 Gen 5 akan dibina menggunakan proses 3nm serta hadir dengan teras CPU Oryon. Selain daripada itu, maklumat yang tular turut mendedahkan cip ini akan menggunakan Adreno 840 iaitu GPU berasaskan IP sama seperti versi Elite namun dengan prestasi sedikit lebih rendah.​
 
Back
Top
Log in Register