BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Cip Snapdragon 6s Gen 2 Dan Snapdragon 4 Gen 4 Di Lancarkan Untuk Peranti Mampu Milik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Qualcomm telah melancarkan Snapdragon 6s 4G Gen 2 yang disasarkan untuk peranti kelas permulaan dan pertengahan manakala Snapdragon 4 Gen 4 turut diperkenalkan bagi segmen sama. Snapdragon 6s Gen 2 dibina menggunakan teknologi 6nm dengan CPU Kryo sehingga 2.9GHz iaitu 51% lebih pantas berbanding pendahulunya. Manakala GPU Adreno menawarkan prestasi 20% lebih baik serta menyokong paparan 1080p+ pada kadar segar semula 120Hz. Cip ini menyokong sehingga 8GB RAM LPDDR4X serta storan UFS 2.2. Selain itu, port USB mencapai kelajuan USB 3.1 dan menyokong Quick Charge 3 yang mampu mengisi 80% bateri dalam masa 35 minit.
1766060627080.png

Cip ini menyokong sehingga 108MP dengan ISP tiga saluran yang boleh mengendalikan konfigurasi 13+13+5MP atau 16+16MP. Ia turut menyokong rakaman foto dalam format HEIC serta video HEVC manakala resolusi video maksimum 1080P/60FPS. Sambungan menggunakan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.2 (aptX Adaptive) manakala Qualcomm turut menambah teknologi kedudukan berasaskan sensor untuk meningkatkan ketepatan ketika digunakan dalam kereta ataupun semasa berjalan kaki. Snapdragon 4 Gen 4 dibina menggunakan teknologi 4nm dengan dua teras Kryo sehingga 2.3GHz dan enam teras sehingga 2.0GHz, manakala GPU Adreno menyokong paparan 1080p+ pada kadar segar semula 120Hz. Cip ini turut menyokong RAM LPDDR5 (3,200MHz) serta storan UFS 3.1. Selain itu, ia boleh disambungkan kepada port USB 3.2 Gen 1 dan menyokong Quick Charge 4+ yang mampu mengecas sehingga 50% bateri dalam masa 15 minit.
1766060642460.png

Seterusnya, ia hadir dengan modem 5G sub-6GHz Rel. 16 (SA dan NSA) yang menyokong kelajuan muat turun sehingga 2.5Gbps serta muat naik sehingga 900Mbps. Sambungan masih menggunakan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1 (aptX) manakala sokongan kedudukan adalah sama seperti Snapdragon 6s 4G Gen 2. Dari segi kamera, cip ini menyokong sehingga 108MP dan rakaman video 1080P/60FPS.​
 
Back
Top
Log in Register