BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Cip Snapdragon X2 Plus Di Lancarkan Dengan Peningkatan Prestasi Sehingga 35%

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Qualcomm melancarkan dua model baharu cip Snapdragon X2 Plus dengan ia adalah versi dengan prestasi lebih rendah berbanding Snapdragon X2 Elite yang dilancarkan tahun lalu. Cip yang dilancarkan ialah X2P-64-100 dan X2P-42 100 menggunakan teknologi N3P TSMC. X2P-64-100 dilengkapi 10 teras CPU Oryon dengan konfigurasi 6 teras Prime dan 4 teras Performance. Prestasi satu teras adalah 35% lebih tinggi dan multi teras pula 17% lebih tinggi dalam ujian Geekbench 6 berbanding generasi terdahulu.
1768388062775.png

Sementara cip X2P-42-100 pula adalah versi dengan 6 teras CPU yang kesemuanya adalah Prime. Prestasi satu teras adalah 35% lebih tinggi dan multi teras pula 10% lebih tinggi dalam ujian Geekbench 6 berbanding generasi terdahulu. Kedua-duanya dipadankan dengan GPU X2-45 Adreno dan NPU dengan 80 TOPS. Kedua-duanya boleh beroperasi pada kelajuan maksimum 4 GHz. Dari segi grafik pula, cip Snapdragon X2 Plus menawarkan peningkatan prestasi sehingga 29%. Qualcomm mengatakan cip Snapdragon X2 Plus akan mula digunakan pada komputer riba dalam H2 2026.​
 
Back
Top
Log in Register