BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News IQOO Neo11 Di Lancarkan - Cip Snapdragon 8 Elite & Bateri 7500mAh

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
IQOO melancarkan telefon baharu Neo 11 dengan penawaran menarik berkelas mercu. Ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite dan cip paparan Q2 untuk pengalaman permua lebih lancar, serta dilengkapi kebuk penyejuk cecair VC Ice Dome bagi memastikan suhu kekal stabil semasa penggunaan intensif. Ia dipadankan dengan skrin AMOLED sebesar 6.82″ beresolusi 2K yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ia juga dilengkapi kamera utama 50MP Sony LYT700V (OIS) dan kamera ultra lebar 8MP yang menyokong rakaman video 8K. Kamera hadapan 16MP pula menyokong rakaman video sehingga 1080P.
1762259478058.png

Bateri 7500mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 100W melalui port USB-C. Tubuh peranti turut menyokong piawaian IP68/69 bagi pelindungan tambahan terhadap air dan habuk. Di samping itu, ia menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 untuk pengalaman penggunaan yang lebih terkini. Telefon ini dijual di China bermula RMB2599 (~RM 1,531) (12/256GB), RMB2899 (~RM 1,708) (16/256GB) dan RMB2999 (~RM 1,767) (12/512GB).

Layari https://shop.vivo.com.cn/product/10011357
 
Back
Top
Log in Register