BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Poco C85 5G Di Lancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 6300

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Poco C85 5G dilancarkan secara rasmi di India sebagai penawaran baharu selepas model 4G. Dari segi spesifikasi, kebanyakannya masih sama namun terdapat perubahan pada cip pemproses. Versi 5G kini menggunakan cip Mediatek Dimensity 6300 sekali gus membezakan ia daripada model terdahulu. Peranti ini hadir dengan skrin besar 6.9″ HD+ yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia turut menawarkan pilihan memori sehingga 8GB RAM bersama storan 256GB.
1766062340812.png

Selain itu, ia dilengkapi kamera utama 50MP serta swafoto sebesar 8MP. Melengkapi peranti ini ialah bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 33W di samping sokongan bicu audio 3.5mm dan kalis air IP64. Buat masa ini, harga jualan Poco C85 5G di Malaysia masih belum diketahui. Namunb bagi yang berminat mendapatkan model 4G, ia ditawarkan pada harga bermula RM439 hingga RM499 di pasaran tempatan.​
 
Realme C85 Di Tawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM749

Realme C85 kini dijual secara terbuka selepas sebelum ini hanya ditawarkan melalui pakej telekomunikasi. Dua pilihan model disediakan iaitu realme C85 4G berharga RM749 dan C85 5G berharga RM1099. Walau bagaimanapun, model 5G boleh dimiliki pada harga promosi RM799 iaitu RM300 lebih murah apabila dibeli melalui kedai atau pengedar rasmi realme Malaysia untuk tempoh terhad.
1766404676016.png

Realme C85 4G dan 5G berkongsi sebahagian besar perkakasan dalaman yang sama. Kedua-dua peranti dilengkapi skrin LCD 6.8-inci HD+ dengan kadar segar semula 144Hz, bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP. Perbezaan hanya terletak pada cip pemprosesan iaitu model 5G menggunakan Mediatek Dimensity 6300 manakala model 4G dijana oleh Snapdragon 685.​
 
Back
Top
Log in Register