BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Cip MediaTek Dimensity 8450 Di Lancarkan Secara Rasmi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Cip Mediatek Dimensity 8450 akhirnya dilancarkan secara rasmi lebih sebulan selepas ia dilancarkan serentak dengan Oppo Reno14. Seperti yang dijangka, Dimensity 8450 adalah model kemas kini untuk Dimensity 8400 yang menggunakan teknologi 4nm.

MediaTek-Dimensity-8450-950x535.jpg.webp


Ia dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1x Arm Cortex-A725 1MB L2, 3x Arm Cortex-A725 512KB L2 dan 4x Arm Cortex-A725 256KB L2. Ini kemudiannya dipadankan dengan GPU Arm Mali-G720 MC7 dan NPU MediaTek NPU 880. Cip menyokong memori LPDDR5X dan storan UFS 4. Sistem kamera yang disokong pula ialah 320MP atau trikamera 32MP yang mampu melakukan rakaman sehingga 4K 60FPS. Sementara itu ia boleh disambungkan kepada rangkaian 5G sub 6GHz, rangkaian WiFi 6E dan juga bluetooth 5.4.​
 
Back
Top
Log in Register