BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Siri Baru Realme 15 Bakal Di Lancarkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Realme telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar terbaharu mereka iaitu Realme 15 akan dilancarkan secara rasmi di India pada 24 Julai 2025. Siri baharu ini akan terdiri daripada dua model merangkumi Realme 15 dan Realme 15 Pro yang masing-masing menyasarkan pengguna dengan keperluan serta bajet berbeza.

Model-model dalam siri ini dijangka hadir dengan beberapa penambahbaikan utama termasuk reka bentuk yang lebih moden, paparan skrin yang lebih terang, badan yang lebih nipis dan ringan, serta prestasi kamera yang lebih canggih. Selain itu, kedua-dua model juga bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan berprestasi tinggi serta teknologi kecerdasan buatan yang lebih pintar dan cekap bagi menyokong ciri terkini seperti AI Edit Genie iaitu ciri suntingan foto berasaskan arahan suara.

Dari segi pilihan warna, Realme menyatakan bahawa model Realme 15 Pro akan ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu Flowing Silver, Velvet Green dan Silk Purple. Namun begitu, laman sesawang rasmi Realme dan Flipkart turut memaparkan satu lagi pilihan warna iaitu Silk Pink. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada warna tersebut merujuk kepada model Realme 15 Pro atau versi standard Realme 15. Setakat ini, spesifikasi lengkap bagi kedua-dua peranti masih belum diumumkan secara rasmi. Namun, berdasarkan maklumat awal, model Realme 15 Pro dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon, manakala Realme 15 pula mungkin menggunakan cip yang berbeza. Kedua-duanya juga menyokong 5G dan dilengkapi teknologi kamera yang telah dinaik taraf untuk prestasi lebih baik.

Sumber asal https://event.realme.com/in/realme-15-series-new-launch
 
Last edited:
Realme 15 Pro Akan Di Lengkapi Dengan Bateri 7000mAh Dan Pengecasan 80W

Realme telah mengesahkan pelancaran rasmi bagi Realme 15 Pro di India pada 24 Julai 2025. Peranti ini tampil dengan pelbagai spesifikasi menarik termasuk bateri berkapasiti 7000mAh. Di samping paparan HyperGlow 4D Curve+ AMOLED dengan kemampuan memaparkan kandungan visual yang tajam dan melengkung untuk pengalaman cukup imersif.

Peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti besar yang menyokong pengecasan pantas 80W melalui port USB-C. Paparan AMOLED yang digunakan menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz, kecerahan maksimum mencapai 6,500 nits serta kadar respon 2,500Hz. Selain itu, reka bentuknya menawarkan nisbah skrin-ke-badan setinggi 94% dan perlindungan tambahan daripada Corning Gorilla Glass untuk ketahanan lebih baik.

Peranti ini turut dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 4 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 27% berbanding model terdahulu. Prestasi ini memastikan pengalaman permua yang lebih lancar serta keupayaan multi-tugas yang lebih efisien untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Dengan ketebalan hanya 7.69mm, Realme 15 Pro tampil sebagai antara telefon pintar paling nipis dalam kelasnya, meskipun dilengkapi bateri berkapasiti besar. Peranti ini juga melepasi piawaian IP69 untuk perlindungan terhadap habuk dan air. Pilihan warna disediakan termasuk Flowing Silver, Silk Purple, Velvet Green dan Silk Pink.

Dari segi perisian, Realme 15 Pro memperkenalkan pelbagai ciri berasaskan AI terkini untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Antaranya ialah AI Edit Genie yang membolehkan suntingan imej dilakukan hanya melalui arahan suara. Selain itu, AI Gaming Coach 2.0 dan AI Ultra Touch Control untuk kawalan lebih responsif semasa permua. Spesifikasi kamera masih belum diumumkan secara rasmi namun laporan awal menunjukkan peranti bakal dilengkapi dengan sistem dwi-kamera 50MP untuk lensa utama dan ultralebar. Kamera hadapan dijangka menggunakan sensor 32MP untuk swafoto berkualiti tinggi.​
 
Last edited:
Realme Mengesahkan Tiada Versi Pro+ Untuk Siri Realme 15

Realme telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan penjenamaan Pro+ dalam siri telefon pintar nombor mereka yang telah digunakan sejak beberapa generasi terdahulu. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pemasaran Global Realme, Francis Wong menerusi ciapan terbaharu di Twitter rasmi beliau.

Menurut beliau, Realme tidak akan melancarkan Realme 15 Pro+ sebaliknya hanya hadir dengan Realme 15 Pro sebagai pengganti kepada Realme 14 Pro+. Manakala model Realme 15 pula akan menggantikan Realme 14 Pro. Keputusan ini menandakan perubahan strategi penjenamaan syarikat yang mungkin bertujuan untuk mengemaskini barisan produk serta menawarkan spesifikasi lebih baik bagi versi Pro.

Tiada penjelasan rasmi diberikan berhubung sebab utama langkah ini diambil. Namun, ia mungkin disebabkan oleh penawaran spesifikasi yang hampir serupa antara model Pro dan Pro+ sebelum ini sekaligus menjadikan satu varian yang lebih fokus sebagai pendekatan lebih efisien. Siri Realme 15 dijadualkan untuk pelancaran rasmi pada 24 Julai 2025 di mana pengguna dijangka mendapat gambaran penuh mengenai spesifikasi dan ciri baharu yang ditawarkan.​
 
Last edited:
Realme 15 & 15 Pro Di Lancarkan Dengan Bateri 7000 mAh

Realme 15 dan Realme 15 Pro dilancarkan semalam dengan kedua-duanya dilengkapi bateri besar 7000 mAh dan adalah peranti kelas pertengahan. Sekilas pandang kedua-dua peranti ini mempunyai rekaan yang sama tetapi perbezaannya adalah seperti di bawah.

Realme-15-Pro-A-950x950.jpg


Realme 15 Pro ialah model yang lebih berkuasa dilengkapi skrin 6.8″ OLED 144Hz, dijana cip Snapdragon 7 Gen 4, memori sehingga 12GB LPDDR4x, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 7000 mAh yang menyokong pengecasan 80W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan lensa ultra lebar 50MP. Di hadapan kamera swafoto 50MP disertakan.

Realme-15-A-950x950.jpg


Realme 15 pula dilengkapi skrin 6.8″ OLED 144Hz, dijana cip Dimensity 7300+, memori sehingga 12GB LPDDR4x, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 7000 mAh yang menyokong pengecasan 80W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan lensa ultra lebar 8MP. Di hadapan kamera swafoto 50MP disertakan.

Realme-15-Pro-Bateri-950x535.jpg


Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Realme UI 6.0 berasaskan Android 15. Turut disertakan ialah speaker stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan kemampuan kalis air serta debu IP69. Ciri AI yang disertakan ialah suntingan gambar menggunakan arahan suara, membuang silau pada gambar dan menyunting gambar untuk kelihatan lebih cantik walaupun dalam cuaca yang buruk.

Di India harga jualan Realme 15 bermula daripada ₹25,999 (~RM 1268) untuk 8/128GB dan Realme 15 Pro pula bermula daripada ₹31,999 (~RM 1560) untuk model 8/128GB.​
 

Redmi 15 5G Bakal Hadir Dengan Bateri Besar 7000mAh

Redmi bakal melancarkan peranti terbaharu Redmi 15 yang disahkan hadir dengan bateri berkapasiti 7000mAh. Meskipun dilengkapi bateri besar, reka bentuk peranti dikatakan masih nipis dengan binaan badan rata serta sisi melengkung untuk keselesaan pengguna. Redmi 15 turut menampilkan skrin bersaiz besar 6.9-inci dengan kadar segar semula 144Hz di samping dilindungi pensijilan penjagaan mata khusus untuk pengalaman lebih menyenangkan.

Peranti ini dijana cip Snapdragon 6s Gen 3 bermakna menyokong rangkaian 5G terbina lantas sesuai untuk pengguna yang mementingkan kecekapan sambungan. Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi dwi-kamera dengan sensor utama 50MP. Redmi 15 akan ditawarkan dalam tiga warna menarik termasuk Midnight Black, Frosted White dan Sandy Purple. Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2025 dengan jangkaan peranti ini menawarkan ciri yang lebih mantap berbanding generasi terdahulu.
1753885414324.png
 
Realme 15 Pro Bawa Tiga Kamera 50MP & 4K60fps

Realme bakal memperkenalkan siri realme 15 pada 18 September dengan penawaran kamera berkonsep 3-dalam-1: fotografi setaraf profesional, rakaman video sinematik, dan 2K Live Photo yang menggabungkan gambar serta emosi video dalam satu kenangan hidup. Model utama, realme 15 Pro, hadir dengan sistem tiga 50MP ultra-clear – sensor utama Sony IMX896, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera hadapan 50MP. Ia menjanjikan hasil lebih jelas untuk landskap malam, rakaman suasana jalanan, mahupun swafoto.
1758109280437.png

Bagi pencipta kandungan, realme 15 Pro menyokong rakaman 4K60fps pada semua tiga lensa. Sama ada vlogging di konsert, rakaman perjalanan atau aksi pantas, hasilnya lebih stabil dan berkualiti tinggi. Ciri AI Party Mode membantu menghasilkan potret terang dan berwarna dalam keadaan pencahayaan mencabar, lengkap dengan kesan cahaya dan tanda air kreatif yang menyerlahkan suasana parti. Prapesan dibuka dari 18 hingga 27 September 2025 di realme Brand Stores seluruh negara dengan deposit RM20. Pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,346, termasuk realme Buds T200 Lite, realme ice tumbler, rebat RM100, jaminan tambahan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 1 tahun.​
 
Back
Top
Log in Register