BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Realme Narzo 90 & Narzo 90X Di Lancarkan Dengan Bateri 7000mAh

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Gabungan bateri besar dan pengecasan pantas menjadi tarikan utama peranti moden. Inilah yang diketengahkan dalam peranti baharu realme Narzo 90 dan Narzo 90X yang dilancarkan di India. Realme Narzo 90 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Victory Gold dan Carbon Black dengan tubuh yang sepenuhnya rata. Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.57 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6400 MAX bersama memori sehingga 8GB RAM serta storan 128GB. Sistem kamera terdiri daripada sensor utama 50MP bersama 2MP monokrom manakala swafoto beresolusi 50MP. Peranti turut menggunakan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W.
1766058213905.png

Realme Narzo 90X hadir dengan rekaan seakan peranti Samsung serta pilihan warna Flash Blue dan Nitro Blue. Ia dilengkapi skrin sebesar 6.8 inci LCD HD+ berkadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6300 bersama memori sehingga 8GB RAM dan storan 128GB. Kameranya terdiri daripada sensor 50MP di belakang dan swafoto 8MP. Peranti ini turut menggunakan bateri besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W.
1766058230895.png
 
Back
Top
Log in Register