BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samseng jalan dicekup

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
cedera21a_1561115787.jpg

Mangsa cedera pada muka dan badan. FOTO Ihsan Pembaca






LELAKI yang terbabit dalam insiden pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Balakong, Kajang malam tadi ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Taman Putri Jaya, Batu 9 Cheras, 4.20 petang tadi.

“Hasil maklumat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membuat serbuan di lokasi terbabit sebelum menahan suspek.

“Soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dengan kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan keterangan mangsa, insiden berpunca rasa tidak puas hati berkaitan potong barisan ketika keluar simpang.

“Pemeriksaan Hospital Kajang mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan.

“Mangsa disahkan patah pergelangan tangan kanan serta retak tulang muka dan hidung,” katanya yang memaklumkan suspek akan direman esok.

Terdahulu, Ahmad Dzaffir memaklumkan pihaknya menerima dua rakaman video tular melalui Whatsapp 12.20 tengah hari tadi yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah akibat dipukul lelaki lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/160 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan bergaduh.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/467629/samseng-jalan-dicekup






.
 
Nie peringatan pada diri

Kalau nak potong barisan

Ingat la risiko anda akan dikatok

Jangan sesekali potong barisan

Jangan bagi orang panas
 
Jenis baran cam abam botak mmg patut kena penjara jer org camni
 
Siapa mangsa yang cedera tu?
Kalau yang potong Q tu jadi mangsa, patut sangat dah.
 
Tgok brapa cepat cina ni nk kene caj, brpa lama msuk ke dlm
Abg botak brdesup laju satu thn trus
Yg keliiing parang tu apa citer
 
Back
Top
Log in Register