BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samseng jalan dicekup

Di Reman Empat (4) Hari

23.06.2019 - Kuala Lumpur, Polis sudah mendapat perintah tahanan reman terhadap seorang lelaki yang yang terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras, Khamis lepas, yang dipercayai berkaitan ‘buli jalanraya’.

Ketua Polis Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata perintah reman empat hari dikenakan terhadap lelaki berumur 44 tahun itu yang ditahan di Taman Putri Jaya, Batu 9, Cheras, dekat sini pada pukul 4.20 petang semalam.

Dalam pergaduhan itu, dua lelaki dikatakan turun dari kenderaan masing-masing sebelum mereka saling bertumbuk.

Siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas seorang pengguna jalanraya memotong barisan di satu persimpangan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Ibupejabat Polis Daerah Kajang menerima dua klip video yang tular di aplikasi Whatsapp yang memaparkan dua lelaki bertumbuk, dan satu lagi menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan berdarah.

dc80ffc7335cfd002f8fedb2aea73c925ce39ff73eb3f.png

Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...am-insiden-buli-jalan-raya-direman-empat-hari
 
lain kali uncle sabaq sat..beratuq mcm orang lain..kalut pi mana...aku besa jumpa dia punya potong mcm jauh perjalanan..last last masuk simpang depan tu ja..harey ngohh..
 
Pembuli Jalanan Didakwa Cederakan Lelaki

27.06.2019 - Kuala lumpur, Seorang pekerja swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kaiang atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki dalam kejadian buli jalanan 20 Jun lalu.

Majistret Syahrul Sazly Md Sain membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Lim Wui Blin, 43 tahun, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Toh Eng Am, 40 tahun.

Perbuatan dilakukan jam 11 malam di hadapan sebuah kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras, ibu negara.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Kes akan disebut semula 19 Julai ini.

Baru-baru ini, dua rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 20 dan 47 saat itu menunjukkan seorang lelaki membelasah seorang lagi lelaki sehingga berlumuran darah dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana memotong barisan ketika kereta ingin keluar simpang.

#BuletinTV3
 
Kena cas 323 ja abg botak kena cas teruk lg
 
patut penjarakan sama dgn abg botak
boleh sama2 bertempur kt dlm nnt
 
Back
Top
Log in Register