combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JAPEN Anjur Konvoi Bot Menelusuri Sungai Merang Sempena Hari Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Terengganu mengadakan program menelusuri Sungai Merang di sini, hari ini sebagai tanda solidariti menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept.
Pengarah JAPEN Terengganu Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata program itu dijalankan secara kerjasama dengan beberapa agensi termasuk Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komuniti MADANI Saujana dan nelayan setempat.
Beliau berkata sebanyak 11 bot nelayan yang membawa kira-kira 60 peserta menelusuri Sungai Merang sejauh satu kilometer sambil mengibar Jalur Gemilang yang bukan sahaja menjadi tanda kedaulatan negara, tetapi juga simbol perpaduan rakyat pelbagai kaum serta latar belakang di negara ini.
"Simbolik di sebalik program Konvoi Bot Nelayan Sungai Merang ialah supaya kita menghayati dan menikmati rahmat serta kesejahteraan dalam negara hasil pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan pihak kerajaan. Pengibaran Jalur Gemilang melambangkan kebersamaan dan perkongsian satu identiti Malaysia.
"Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus kepada golongan nelayan yang banyak berjasa kepada rakyat serta negara. Mereka ialah tonggak kepada kestabilan serta keterjaminan makanan dalam negara kita," katanya selepas Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Komuniti MADANI Saujana Bersama Nelayan dekat sini, hari ini.
Muhd Nor Aswadi berkata sebanyak 96 program Jiwa Komuniti MADANI bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dianjurkan oleh jabatan berkenaan di 96 lokasi di seluruh negeri bermula dari 17 Ogos hingga 16 Sept ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata JAPEN Terengganu berharap agar pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Okt ini memberikan tumpuan kepada pemerkasaan Komuniti MADANI di setiap negeri.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan Komuniti MADANI mampu memainkan peranan sebagai ejen perpaduan dan penyampai maklumat dasar-dasar kerajaan yang terbaik kepada rakyat jelata.
"Di Terengganu, kita ada kira-kira 960 ahli Komuniti MADANI yang membantu JAPEN menyampaikan agenda serta dasar kerajaan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.